fbpx
Now Reading
Simpan & Terima Ganjaran Menarik Jika Anda Membayar Bil Dengan Boost!

Simpan & Terima Ganjaran Menarik Jika Anda Membayar Bil Dengan Boost!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengan kos sara hidup yang semakin, Boost meningkatkan usahanya untuk meringankan beban rakyat Malaysia apabila menawarkan lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpulkan sehingga 68x lebih pantas pada bulan Jun ini.

Rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian, dan banyak lagi menerusi aplikasi Boost.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Boost Sheyantha Abeykoon, inisiatif ini dijalankan kerana pihaknya kerap mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat ekoran dari kenaikan harga barangan keperluan.

“Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia, kami membolehkan pengguna untuk mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menyenangkan penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol, dan keperluan harian lain.”

CEO Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon.

Kurangkan bil isi rumah

Dengan lebih dari 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri ‘Pay With Stars’ untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost.

Jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star, dan perbelanjaan minimum pengguna. Untuk setiap bil, pengguna yang berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh berjimat RM5, dan Gold General boleh berjimat RM10 melalui ciri tersebut.

Syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan Indah Water Konsortium, syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Astro, serta platform pembayaran pinjaman dan majlis perbandaran tempatan seperti PTPTN dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, adalah antara pelbagai pengebil yang boleh didapati di aplikasi Boost.

Dengan BoostBills, pengguna boleh menjadualkan pembayaran bil secara automatik menerusi AutoBills, membayar berbilang bil sekali gus menerusi MultiBills, dan melihat semua baki dan tarikh akhir dalam satu paparan utama menerusi ViewBills.

Jimat Apabila Membeli Keperluan Harian

Tambahan lagi, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan Boost Star untuk menebus kredit Partner Wallet bagi penjimatan tambahan sehingga RM210 setiap bulan bagi barangan runcit, petrol, dan pembelian dalam talian*. Pengguna boleh mengunjungi BoostUP Rewards Catalogue, kemudian menebus kredit Partner Wallet di bawah kategori ‘Cash’ (Tunai) dengan Boost Star yang diperlukan.

Setelah ditebus, kredit akan dipaparkan di halaman ‘My Partner Wallets’, dan akan digunakan secara automatik apabila membeli keperluan harian daripada peniaga dan rakan jenama yang turut serta. Kredit Partner Wallet adalah sah selama 30 hari dari penebusan dan tidak mempunyai syarat perbelanjaan minimum. Jumlah kredit bulanan yang boleh ditebus berbeza mengikut pangkat BoostUP pengguna.

Menurut CEO Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, pembayaran bil bukan suatu tugasan lagi untuk pengguna Boost, sebaliknya ia satu pengalaman yang memberikan ganjaran.

“Pembelian barangan keperluan juga lebih lancar di aplikasi kami.  Dengan menawarkan kredit Partner Wallet, rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Stars untuk lebih berjimat apabila membeli barangan keperluan daripada senarai peniaga dan rakan kongsi kami yang meluas.”

CEO Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie

Untuk memanfaatkan sepenuhnya diskaun dan penjimatan hebat Boost, pengguna boleh memaksimumkan pengumpulan Boost Star pada bulan Jun ini kerana Boost memberikan lebih 100 juta Boost Star pada kadar lebih cepat.

Berbanding dengan hari biasa apabila pengguna menerima 1 hingga 3 Boost Star untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pada bulan Jun ini, rakyat Malaysia boleh menikmati kutipan Boost Star sehingga 68x lebih pantas apabila membeli-belah dalam talian dengan rakan niaga terpilih, sehingga 1,000 Boost Star apabila menyempurnakan Boost Mission, sehingga 86,000 Boost Star apabila berdaftar dengan rakan niaga terpilih, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ganjaran BoostUP dan Boost Star, sila layari laman mereka di sini.

Untuk peniaga dan jenama yang ingin berdaftar dengan Boost pula, pula sila kunjungi laman mereka di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.