fbpx
Now Reading
Anak Lelaki Elon Musk Ingin Tukar Nama & Jantina Serta Putuskan Hubungan Bersama Bapanya

Anak Lelaki Elon Musk Ingin Tukar Nama & Jantina Serta Putuskan Hubungan Bersama Bapanya

Anak lelaki kepada manusia terkaya di dunia itu ingin menukar namanya kerana mahu putuskan hubungan bersama bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anak lelaki Elon Musk memfailkan tuntutan mahkamah bagi mengubah status jantinanya daripada lelaki kepada wanita serta menukar nama keluarganya.

Menurut laporan Kosmo yang memetik MailOnline, Xavier Musk, 18, telah memfailkan aduan di mahkamah Santa Monica, California pada 18 April lalu.

Dia ingin menggunakan nama Vivian Jenna Wilson iaitu gabungan nama keluarga belah ibunya bagi menggantikan nama keluarga Musk.

“Saya tidak lagi menetap bersama atau mahu dikaitkan dengan bapa kandung saya dalam apa juga cara, bentuk ataupun keadaan,” ujarnya.

Ingin menjauhkan diri daripada Musk

Lelaki transgender itu turut berkata bahawa dia memilih nama keluarga ibunya kerana ingin menjauhkan diri daripada bapa kandungnya.

Dalam pada itu, Xavier enggan mengulas mengenai sama ada dia mendapat bantuan kewangan daripada bapanya itu yang mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$213 bilion (RM936.8 bilion).

Elon Musk pernah mendirikan rumah tangga dengan ibu Xavier, Justine Wilson, seorang penulis dari Kanada dari tahun 2000 hingga 2008.

Anak pertama meninggal dunia ketika masih bayi

Wanita itu pernah melahirkan seorang anak, Nevada pada tahun 2002 tetapi malangnya bayi tersebut meninggal dunia.

Selang dua tahun selepas kematian anak pertamanya, Wilson melahirkan anak kembar lelaki, Xavier dan Griffin dan selang dua tahun kemudian melahirkan anak kembar tiga pula, masing-masing bernama Damian, Kai dan Saxon yang kini berusia 16 tahun.

Perbicaraan mahkamah bagi kes tersebut dijadual berlangsung Jumaat ini (24 Jun).

Musk mendapat pelbagai kecaman sejak beberapa bulan yang lepas disebabkan komennya yang didakwa bersikap negatif terhadap golongan transgender.

Kredit gambar: Hollywood Life

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.