fbpx
Now Reading
Pokok Durian Boleh Dijadikan Cagaran Untuk Pinjaman Wang Bank Di Thailand
Pokok durian kini boleh dijadikan cagaran kepada bank di Thailand

Pokok Durian Boleh Dijadikan Cagaran Untuk Pinjaman Wang Bank Di Thailand

Menerusi cagaran ini, ia bukan sahaja dapat membantu penduduk tetapi juga membantu dalam meningkatkan kawasan hijau di Thailand.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Warga Thailand yang menanam beberapa pokok berharga boleh menjadikannya sebagai satu cagaran bagi memohon pinjaman kewangan di bank tempatan mereka.

Menerusi laporan The Nation, dasar menggunakan pokok berharga sebagai cagaran ini telah menemui banyak kejayaan sehingga Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha turut menggalakkan penduduk untuk menanam lebih banyak pokok sedemikian.

Pokok durian dan nangka antara yang boleh dijadikan cagaran

Antara pokok yang boleh dijadikan sebagai cagaran adalah pokok jati, asam jawa, kayu hitam, kayu hitam Burma, Durian serta Nangka.

Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek memaklumkan, Prayut telah mengetahui berkenaan kejayaan dasar itu daripada Jabatan Pembangunan Perniagaan yang bertanggungjawab mendidik pemimpin masyarakat luar bandar dan perusahaan masyarakat tentang faedah menanam pokok berharga.

Ramai penduduk kampung berminat

“Skim itu juga telah menarik minat ramai penduduk kampung.

“Ia juga merupakan sebahagian dasar Prayut dalam meningkatkan lagi kawasan hijau di negara ini, serta dalam masa sama memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan pinjaman.

Mementingkan penanaman pokok yang berharga

“Perdana Menteri sangat mementingkan penanaman pokok yang berharga, kerana ia bukan sahaja akan menjadikan negara lebih hijau, malah ia boleh dijadikan cagaran untuk pinjaman,” jelasnya.

Sehingga 20 Mei, sebanyak 146,000 pokok telah didaftarkan sebagai cagaran untuk pinjaman yang bernilai 137 juta baht (RM17 juta).

Daripada jumlah tersebut, 318 telah berdaftar dengan bank untuk Koperasi Pertanian bagi pinjaman bernilai tiga juta baht (RM376 ribu), 23,000 pokok dengan Krung Thai Bank untuk 128 juta baht (RM16 juta)dan 120,000 pokok dengan organisasi kewangan kecil untuk enam juta baht (RM751 ribu).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.