fbpx
Now Reading
“Ini Punca Dia..” – Konvoi VIP Kena Hon Banyak Kali Selepas Didakwa Jadi Punca Kesesakan [Video]

“Ini Punca Dia..” – Konvoi VIP Kena Hon Banyak Kali Selepas Didakwa Jadi Punca Kesesakan [Video]

Video sama turut tular di Twitter di mana rata-rata pengguna dilihat menyokong tindakan ‘protes’ yang ditunjukkan penunggang-penungang motosikal terlibat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah video tular di media sosial sejak semalam memperlihatkan sekumpulan penunggang motosikal menzahirkan rasa berang dengan menekan hon berkali-kali.

Difahamkan insiden berlaku sebagai tanda protes mereka selepas diminta berhenti di sebuah jalan bagi memberi laluan kepada sekumpulan konvoi VIP yang sedang menggunakan jalan sama dipercayai ditengah-tengah waktu puncak.

Mula dimuatnaik di TikTok oleh @anakayamkaki2 , video berkenaan ternyata menarik perhatian netizen di sana.

“Nak balik pon susah. Orang-orang besar nak lalu lepastu susah kan orang lain,” luahnya di ruangan kapsyen.

@anakayamkaki2

nak balik pon susah . vip , menteri , orang orang besar nak lalu pastu susah kan orang lain

♬ original sound – yuzzry

Menerusi video tersebut yang dipercayai dirakam berhampiran pusat beli belah Sunway Geo, Petaling Jaya, perakam video bersama sekumpulan penunggang motosikal pada mulanya dilihat diberhentikan oleh pihak berkuasa.

Namu tidak lama kemudiannya, muncul kumpulan konvoi terbabit sambil melintasi mereka. Mungkin berang kerana perlu berhenti untuk memberikan laluan kepada konvoi, seorang dari mereka kemudiannya mula menunjukkan ‘protes’ dengan menekan hon sebelum diikuti pengguna jalan raya yang lain.

Malah perakam video turut didengari menyebut “Inilah puncanya,” sambil menyertai yang lain dengan membunyikan hon motosikalnya.

Video sama turut tular di Twitter di mana rata-rata pengguna dilihat menyokong tindakan penunggang-penungang motosikal terlibat.

Namun ada juga yang merasakan perbuatan menekan hon beramai-ramai itu hanya akan membuatkan VIP tersebut menyangkakan keberadaannya di situ mendapat sambutan orang ramai.

Carian kami bagaimanapun tidak menemukan sebarang maklumat siapakah gerangan VIP yang dimaksudkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.