
Lelaki Ini Kongsi Tips Backpacking 5 Hari Ke Thailand Hanya Dengan RM1,200
RM1200 sahaja, tapi ada banyak kawasan dan tarikan yang dapat anda lawati di Thailand.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah hampir 3 tahun rakyat Malaysia tidak dapat melancong ke negara luar kerana penularan Covid-19 yang menyebabkan pintu masuk utama banyak negara terpaksa ditutup dan dibuka kepada yang mempunyai urusan penting sahaja.
Namun, kini banyak negara sudah mula membuka semapadan mereka dan mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh dunia.
Mungkin ada di antara anda yang masih berfikir-fikir hendak ke mana memandangkan trip ke luar negara kebiasaannya memerlukan belanja yang besar.
Dengan RM1200 sahaja untuk mengembara ke Thailand
Tapi tahukah anda, sebenarnya dengan RM1,200 anda dah boleh melawat ke negara Thailand selama lima hari.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan pengalamannya mengembara ke negara jiran itu dengan menaiki keretapi.
Day 1.
— Asjad Al (@whotheA_) July 16, 2022
Naik train ETS, tiket dalam Rm120 dari Kl Sentral ke Padang Besar (Rm120). Ambil train pukul 7 pagi so tengah hari dah sampai Padang Besar. Dalam train ada kantin so kalau pishang tu boleh la lepak kantin order kopi panas sambil layan view Malaysia Kita 🤣 pic.twitter.com/6zTUNonOnu
Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar
Pemuda yang dikenali dengan nama Asjad itu telah memulakan pengembaraannya dengan menaiki keretapi ETS daripada Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar, Perlis dengan tiket berharga RM120.
Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil kereta api pada pukul 7 pagi kerana dianggarkan sampai di Padang besar pada waktu tengah hari.
Apa yang menariknya, dalam ETS ini juga terdapat kantin jadi anda juga bolehlah layan kopi panas sambil menikmati pemandangan Malaysia sepanjang jalan.
Naik teksi atau jalan kaki ke sempadan Malaysia
Apabila sampai ke stesen keretapi Padang Besar, anda boleh menaiki teksi berharga RM10 dan minta mereka hantar sehingga ke sempadan Malaysia. Jika tidak mahu menaiki teksi anda juga boleh berjalan kaki.
Namun, perjalanan untuk berjalan kaki mungkin sedikit memenatkan kerana perlu berjalan lebih kurang dalam 2 kilometer. Tetapi sebelum nak masuk ke sempadan Thailand, apa kata anda makan tengah dahulu di pekan Padang Besar selain dapat berkunjung ke pasarnya.
Prosedur yang diperlukan untuk masuk ke Thailand
Prosedur yang diperlukan untuk anda masuk ke Thailand ini senang sahaja, pertama cop pasport anda dan tunjukkan sijik vaksinasi dalam bentuk PDF yang di download dari MY Sejahtera.
Selesai cop paspoprt anda secara automatiknya telah menjejakkan kaki ke bumi Thailand. Tetapi pada ketika itu anda dinasihatkan untuk kekal tenang kerana pasti akan ramai warga negara mereka yang menyerbu anda untuk memilih pakej percutian dengan mereka.
SOP nak masuk border Thailand SENANG JE :
— Asjad Al (@whotheA_) July 16, 2022
1. Cop passport
2. Tunjuk Sijil Vaksin Pdf,download kat my sejahtera.
Dah settle cop passport, korang lepas je border auto kaki korang dah jejak Thailand haha. Masa tu kena tenang, sbb ramai org local duk serbu ajak amik pakej dia.
Jangan terburu-buru untuk pilih pakej percutian
Usah terburu-buru dalam membuat keputusan, sambil tu anda boleh mula untuk mencari motor dan meminta mereka untuk hantar ke pickup point untuk ke destinasi seterusnya iaitu Hatyai.
Van dari sempadan ke Hatyai tidaklah mahal hanya RM25 sahaja dan perjalanan lebih kurang satu jam.
Bermalam di Hatyai sebelum ke Bangkok
Jelasnya lagi, sampai sahaja di Hatyai dia bermalam di situ untuk satu malam dan menaiki tuk tuk untuk melihat suasana bandarnya seperti pasar malam, makanan serta banyak lagi aktiviti lain.
Pada keesokkannya, dia menyewa tuk tuk berharga RM30 untuk pusing sekitar Hatyai dan juga Songkhla hingga petang.
Dah Sampai Hatyai! Check in dulu satu malam kat Hatyai. Enjoy la jalan-jalan town, pergi night market, food hunt, pergi urut 🤣, lepak ngopi. Serius best!Naik tuktuk je pusing town tu. Ketum anywhere anytime ada kat Hatyai, rm10 sebotol siap cam.
— Asjad Al (@whotheA_) July 16, 2022
Naik keretapi yang ada tempat tidur
Selesai di Hatyai, Asjad kemudian meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan menaiki keretapi yang dibelinya dari 12go.asia RM185 untuk satu hala perjalanan selama 16 jam.
Perjalanan ke Bangkok ini sememangnya jauh dan memenatkan. Oleh itu, anda boleh menempah sleeper train yang mempunyai katil serta mengambil waktu perjalanan yang dijadualkan pada waktu petang.
Jadi boleh lah berehat dan bermalam dalam keretapi, yang seronoknya pada tengah hari keesokkanya dah sampai ke destinasi yang ditujui.
dah puas enjoy kat Hatyai, sekarang aku cerita macam mana nak ke Bangkok dari Hatyai. Book tiket sleeper train siap2 kat https://t.co/5IrS4ivuDd Rm185 one way. Perjalanan 16 jam mat! Tp tak pishang sgt sbb malam ko tidur dlm train. Katil+tilam+bantal+selimut kualiti Oyo haha. pic.twitter.com/L7uw17mXRN
— Asjad Al (@whotheA_) July 16, 2022
Sampai di Bangkok terus ke Khao San Road untuk penginapan
Sampai sahaja di Bangkok, anda akan berhenti di Bang Sue Station. Apa yang perlu dilakukan bila sampai Bangkok?
Usah fikir panjang, anda boleh menempah Grab dan pergi ke Khao San Road, dimana ia adalah syurga bagi backpackers di Bangkok
Disini ada bermacam-macam dorm dan hostel yang disediakan serta pelbagai tarikan yang boleh anda nikmati seperti makan dan bermacam-macam lagi.
Di Bangkok, Asjad telah menetap selama 2 malam di Nappark Backpack Hostel yang harganya murah sahaja iaitu RM25/malam tetapi cantik dan selesa.
Khao san road aku check in 2 malam kat Nappark backpack hostel. Rm25 satu malam. Tempat ngam. pic.twitter.com/oHV034SmXc
— Asjad Al (@whotheA_) July 16, 2022
Kenderaan utama di Thailand kebanyakan mereka menggunakan Grab Car, tuk tuk, MRT dan juga bas. Jika anda nak mudah boleh gunakan Grab kerana harga yang berpatutan, namun jika nak merasai seperti warga tempatan boleh menaiki MRT atau bas.
Manakala suasana di Bangkok pada waktu siang adalah aman serta tenang orang di sana juga peramah sehingga ada yang buat kajian mengapa orang di Thailand sentiasa senyum.
Bangkok waktu siangnya aman tenanng harmoni! Orangnya friendly sampai ada org buat kajian kenapa Thai People always smile?! Haha
— Asjad Al (@whotheA_) July 16, 2022
Antara tempat yang sempat dikunjungi
Tambahnya, selama penginapan 3 hari 2 malam ada beberapa tempat yang sempat diterokai seperti:
– Naik bot dan pusing Bangkok (RM 50 sejam) dan anda akan dibawa pusing satu bandar menaiki bot dari Sungai Chao Praya
– China Town Yaowarat
– Wat Arun Temple
– Grand Palace
– Floating Market
– Khao San Road
– King Power MahaNakhon, jika ke sini jangan lupa untuk merasai Chaodoi kopi yang dikisar didepan mata daripada biji kopi yang di tanam di Utara Thailand.
6. Khao San Road
— Asjad Al (@whotheA_) July 17, 2022
7. King Power MahaNakhon pic.twitter.com/19IjRKjGU9
Kos trip:
RM120 (keretapi KL Sentral – Padang Besar)
RM185 (Keretapi Hatyai – Bangkok)
RM300 (tiket kapal terbang Bangkok – KL)
RM70 (hotel dan dorm untuk 3 malam)
RM500 (Untuk duit makan, kenderaan, tiket dan juga cenderamata)
Jumlah keseluruhan untuk trip ini adalah RM1,175 sahaja.
Wah daripada pengalaman Asjad ini, memang menyeronokkan. Bukan sahaja dapat bercuti, kita juga dapat mempelajari budaya negara mereka serta melihat suasana kehidupan di negara tersebut.
Jadi apa anda tunggu lagi, jom kita ajak keluarga atau rakan-rakan bercuti ke Thailand.