fbpx
Now Reading
Sudah Travel Lebih 50 Negara & Cuba Pelbagai Menu, Lelaki Dari UK Ini Akhirnya Akui KFC Malaysia Paling Sedap
Lelaki ini kata KFC Malaysia paling terbaik

Sudah Travel Lebih 50 Negara & Cuba Pelbagai Menu, Lelaki Dari UK Ini Akhirnya Akui KFC Malaysia Paling Sedap

Menurut Kamlesh, resepi KFC di Kuala Lumpur, Malaysia merupakan menu paling terbaik yang pernah dirasainya dan ia mempunyai banyak alternatif menu makanan pedas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang KFC atau Kentucky Fried Chicken pasti anda sudah terbayang keenakan ayam gorengnya yang rangup.

Malah melihat ia dihidangkan ketika masih panas juga membuatkan si penggemarnya tidak sabar untuk menikmati ayam goreng tersebut.

Kunjung lebih 50 negara untuk makan KFC

Perkara ini sama seperti seorang lelaki, Kamlesh Mistry, 37, yang berasal dari Watford, England, seorang peminat tegar KFC yang sudah mengunjungi lebih 50 negara untuk menikmati pelbagai resepi masakan milik restoran makanan segera itu.

Memetik laporan Daily Mail, kesemua usaha yang dilakukan itu telah menyebabkan dia digelar sebagai KFC SuperFan Of The Year 2020, yang kali pertama diadakan pada tahun tersebut sehingga dihadiahkan bekalan ayam percuma selama setahun.

Minat melancong, setiap kali ke negara lain akan cuba KFC di sesebuah tempat

Foto: IG Kamlesh Mistry

“Melancong adalah minat saya yang sebenar, ia bermula semasa saya masih muda dan ibu bapa saya akan sentiasa membawa kami merasai budaya baharu yang berbeza dengan budaya India British.

“Dari situ dan kerana minat terhadap KFC, setiap kali ke tempat lain bersama rakan dan keluarga saya, saya sentiasa ingin mencari KFC untuk membandingkan perbezaan dengan menu di UK.

“Begitulah akhirnya saya dapat menikmatinya di lebih 50 negara berbeza yang sekaligus membantu saya memenangi pertandingan untuk Peminat Super KFC tahun ini,” katanya.

Menurutnya, dia berasa gembira dengan gelaran yang dimiliki itu kerana ia adalah satu rekod yang hebat buat dirinya terutama apabila berjumpa orang baharu di tempat kerja.

KFC Kuala Lumpur ada menu paling menarik

Foto: IG Kamlesh Mistry

Ketika ditanya resepi KFC mana yang terbaik, Kamlesh menjawab ia adalah di Kuala Lumpur, Malaysia.

“Kuala Lumpur mempunyai menu paling menarik. Saya suka makanan pedas dan mereka mempunyai banyak alternatif menu makanan pedas.

“Manakala di Reykjavik pula adalah KFC yang paling pelik penah saya kunjungi selain terkejut melihatnya,” jelas Kamlesh yang mula mengemari KFC sejak berusia 12 tahun lagi.

Terima bekalan ayam selama setahun lepas menang pertandingan Super Fan

Selepas memenangi pertandingan Super Fan, selain menerima bekalan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik bernilai £400 (RM1800) dia juga menerima baju persalinan KFC, topeng muka serta t-shirt.

Jelasnya juga, selepas memenangi pertandingan tersebut menu dari restauran itu sentiasa menjadi makanan utama di rumahnya setiap kali rakan atau keluarga datang berkunjung.

Dia turut menyatakan antara hadiah kegemaran yang diterimanya adalah bekas seramik yang mempunyai wajahnya.

Tambah Kamlesh lagi, setiap kali bercuti dia pasti akan mencari restauran KFC dan menunya adalah hidangan Zinger Tower dengan beberapa kepak ayam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.