fbpx
Now Reading
Bengang Harga Nasi Lemak RM12 Dikatakan Mahal, Pemilik Kedai Serang Pelanggan
Nasi lemak RM12 mahal

Bengang Harga Nasi Lemak RM12 Dikatakan Mahal, Pemilik Kedai Serang Pelanggan

Menurut Huang, kakaknya enggan membayar dan memakan nasi lemak tersebut kerana menyatakan harga makanan RM12 adalah mahal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita mendakwa kakaknya diserang oleh pemilik sebuah gerai nasi lemak di Johor hanya kerana mengadu makanan yang dijual terlalu mahal.

Menurut laporan Mothership yang dipetik dari China Press,insiden tersebut dipercayai berlaku di Skudai, Johor Bahru pada 10 Oktober yang lalu.

Ke pusat penjaja makanan bersama kakak dan tiga anak saudara

Wanita yang dikenali sebagai Huang (mengikut terjemahan pinyin) memaklumkan, dia ke pusat penjaja tersebut bersama kakak serta tiga orang anak saudara lelakinya untuk membeli makanan.

Sebaik sahaja memesan makanan dari gerai nasi lemak itu, mereka kemudian dikenakan bayaran sebanyak RM12 untuk makanan berkenaan.

Huang kemudian mendakwa kakaknya enggan memakan dan membayar makanan tersebut kerana merasakan ia tidak berbaloi dengan harga yang diberikan.

Seorang pejalan kaki juga turut memaklumkan kepada mereka bahawa harga makanan tersebut adalah murah kerana pemilik gerai akan mengenakan sebanyak RM15, lapor China Press.

Pemilik gerang berang lepas tahu tak nak bayar dan bertindak agresif

Kata Huang, pemilik gerai itu yang berang dengan tindakan itu lantas bersemuka dengan kakaknya.

Namun kakaknya masih enggan membayar dan pemilik gerai tersebut didakwa membaling nasi lemak tersebut ke arahnya dan keluarga, menolak wanita itu ke tanah serta mencurahkan kuah ke kepalanya.

Orang ramai terpaksa hentikan pergelutan sebelum pemilik kembali bawa keluar pisau nak serang

Insiden terbabit turut membuatkan orang ramai terpaksa masuk campur bagi menghentikan pergelutan itu.

Huang juga mendakwa bahawa pemilik gerai itu kembali dengan membawa pisau di tangan dan menyerang mereka tetapi berjaya dihalang oleh orang ramai di tempat kejadian bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan yang tidak diingini.

Pelanggan didakwa tuang sup panas pada pemilik gerai

Dalam pada itu pengurus di pusat penjaja berkenaan mendakwa pelanggan tersebut menuang sup panas terhadap pemilik gerai terbabit.

Jelas pengurus itu, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) ketika kejadian berkenaan menunjukkan pemilik kedai terbabit berhadapan dengan pelanggan yang memegang nasi lemak di tangan, namun pemilik tersebut telah bertindak membuang makanan tersebut ke tanah.

“Kedua-dua pihak bersalah dan mereka telah pergi ke balai polis untuk membantu siasatan,” kata pengurus itu.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga akan menanggung kos perubatan masing-masing sebagai tanda berdamai maklum pengurus tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.