fbpx
Now Reading
“Free Panadol Dekat Netizen Kalau Hang Salah” – Dikaitkan Dengan HPD, Caprice Bakal Jumpa Pakar Untuk Pengesahan [Video]

“Free Panadol Dekat Netizen Kalau Hang Salah” – Dikaitkan Dengan HPD, Caprice Bakal Jumpa Pakar Untuk Pengesahan [Video]

Menurut Caprice, tindakan pengamal perubatan itu mengaitkan seseorang mempunyai penyakit mental secara terbuka adalah tidak profesional.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengamal perubatan mengulas berhubung tingkah laku penyanyi rap, Caprice yang dikaitkan dengan sejenis penyakit gangguan mental yang dipanggil Histrionic Personality Disorder (HPD).

Susulan itu, Caprice yang enggan berdiam diri lantas memuat naik satu hantaran video di laman Instagram miliknya bagi memberi respon mengenai video tersebut.

Kaitkan penyakit mental secara terbuka adalah tindakan yang tidak profesional

Menurutnya, tindakan pengamal perubatan itu mengaitkan seseorang mempunyai penyakit mental secara terbuka adalah tidak profesional dan boleh menyebabkan individu terbabit melakukan tindakan yang tidak wajar.

Berkongsi cerita, Caprice berkata dari umur 18 tahun dia sudah berjumpa dengan pakar psikiatri kerana menghadapi masalah anxiety dan insomnia (susah tidur).

Caprice percaya sesiapa yang menghadapi masalah yang sama perlu mendapatkan bantuan pakar psikiatri.

“Dari umur 18 sampai tahun ini, saya dah jumpa psikaitri untuk dua benda, nombor satu sebab anxiety. Cap tak boleh duduk diam kena sentiasa kerja. Bila Cap berhenti bekerja tangan akan bergegar dan diserang ‘panic attack’.

“Nombor dua, Caprice ada Imsonia, susah nak tidur dan makin teruk apabila terpaksa mengambil ubat tidur,” katanya.

Caprice akan berjumpa pakar psikiatri, lakukan pemeriksaan lanjut

Menurutnya lagi, disebabkan segelintir pengguna media percaya dia menghadapai masalah itu, Caprice akan berjumpa pakar di Hospital dalam jangan masa terdekat bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Jelas penyanyi rap itu, jika dia disahkan tidak menghidap HPD, pengamal perubatan tersebut perlu memberikan ubat (Panadol) percuma kepada orang ramai yang memberi komen di akaun TikTok miliknya.

“Minggu ni juga Cap akan pergi Gleneagles Hospital, kalau pakar psikiatri keluar surat yang Caprice tak ada HPD. Hang ada 24 jam untuk bagi semua orang di ruangan komen dekat TikTok free panadol sebab mereka perlukannya,” katanya lagi.

Tular di TikTok, pengamal perubatan kaitkan Caprice dengan HPD

Terdahulu, tular di TikTok video yang menunjukan seorang lelaki yang juga pangamal perubatan menjelaskan mengenai ciri-ciri penghidap penyakit Histrionic Personality Disorder.

Menurut lelaki itu, penyakit terbabit masih dalam kajian pakar-pakar psikologi, tetapi sifat yang paling ketara bagi penyakit HPD ini adalah keinginan sesorang untuk menjadi perhatian utama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.