fbpx
Now Reading
“Posing Dulu” – Kereta Myvi Terbalik Terlibat Kemalangan, Lelaki Ini Masih ‘Steady’ & Santai Sambil Bergambar [Foto]
Lelaki steady siap tangkap gambar lepas kemalanganLelaki steady siap tangkap gambar lepas kemalangan

“Posing Dulu” – Kereta Myvi Terbalik Terlibat Kemalangan, Lelaki Ini Masih ‘Steady’ & Santai Sambil Bergambar [Foto]

Meskipun berdepan dengan detik mencemaskan itu, namun lelaki ini masih kelihatan tenang dan sempat bergambar selepas kemalangan berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berada dalam situasi mencemaskan seperti kemalangan sudah tentu akan membuatkan kita ketakutan dan terkejut.

Namun ada juga yang bertindak pantas untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada pihak tertentu bagi mendapatkan pertolongan.

Tenang sempat ambil gambar depan kereta kemalangan

Namun sedikit berbeza dengan lelaki ini apabila dia kelihatan tenang dan santai apabila sempat bergambar di hadapan kenderaannya walhal dia baru sahaja terbabit dalam satu kemalangan.

Menerusi carousel di dalam TikTok yang dikongsikan oleh @syadad10 memaparkan sebuah kenderaan jenama Perodua Myvi berwarna emas yang dipandunya telah terbalik di atas jalan raya.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan kenderaan yang dipandunya itu remuk selain cermin di bahagian hadapan dan sisi pintu pecah.

Tonton video di sini: https://vt.tiktok.com/ZSR7jamb4/

Bersyukur diri masih selamat dan tak alami kecederaan

Menurutnya pemuda ini, meskipun insiden tersebut kelihatan teruk tetapi dia bersyukur dirinya masih selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan

Malah dia juga turut dibantu oleh rakan-rakannya semasa menghadapi situasi tersebut sebelum kenderaan itu dibawa oleh trak tunda.

Sempat berseloroh nak letak ubat gamat pada kereta yang remuk

@syadad10 yang dipercayai seorang pelajar, sempat berseloroh di ruangan kapsyen mahu meletakkan minyak kenderaan pada keretanya yang remuk akibat kemalangan itu.

“Syukur semua takde luka-luka, kereta je luka. Sapu ubat gamat eloklah ni,” tulisnya.

Perkongsian itu bagaimanapun, telah mengundang perhatian ramai apabila melihat dia tampil tenang dan masih boleh bergambar di hadapan kenderaan tersebut.

‘Pergh aku pun nak nangis abang ni boleh steady je..’

‘Kawan suruh tangkap gambar buat kenangan’

‘Bang gempak bang’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.