fbpx
Now Reading
Ustazah Dikecam, Label Suami Dayus Jika Biar Isteri Bersalin Disambut Doktor Lelaki [Video]
Ustazah di kecam lepas sifatkan suami dayus

Ustazah Dikecam, Label Suami Dayus Jika Biar Isteri Bersalin Disambut Doktor Lelaki [Video]

Menurut pendakwah tersebut, suami perlu bertanggungjawab kerana membiarkan aurat isteri ketika bersalin dilihat oleh doktor lelaki semasa menyambut bayi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bakal bergelar ibu dan bapa sudah tentu rasa bahagia dan berdebar ketika menanti saat kelahiran si comel.

Sebagai persediaan untuk memastikan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat, pemeriksaan antenatal perlu dilakukan secara berkala di mana-mana pusat perubatan kerajaan mahupun swasta.

Apabila tiba waktu untuk melahirkan ada yang memilih untuk ke hospital swasta kerana inginkan keselesaan selain dapat memilih doktor yang mana satu yang diinginkan untuk menyambut kelahiran si comel.

Namun, tidak kurang juga ada yang lebih memilih untuk hospital kerajaan kerana ia juga tidak kurang hebatnya tetapi bagi menyambut bayi ia bergantung pada yang bertugas ketika itu.

Tindakah seorang pendakwah undang perhatian ramai

Baru-baru ini tular di TikTok satu video nasihat dari seorang pendakwah wanita yang mengulas mengenai isu wanita bersalin hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, pendakwah wanita itu menyifatkan suami adalah dayus sekiranya membiarkan doktor lelaki menyambut kelahiran bayi mereka kerana tidak menjaga aurat isteri.

“Aurat isteri kamu tu tidak adalah kemudaratan kerana ramai sangat doktor-doktor wanita di luar sana. Ramai wanita-wanita doktor bersalin itu lebih ramai.

“Kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang sambut bini awak yang tengok alat sulit bini awak tu semua.

“Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada cemburu melihat aurat isteri dia. Bawah (alat sulit wanita) tempat rahsia hanya suami je yang tahu, mana rahsia dia?” kata pendakwah tersebut.

Suami perlu bertanggungjawab di hadapan Allah SWT

Dia turut menyatakan sehebat mana suami tersebut jika dia membiarkan perkara tersebut, individu itu perlu bertanggungjawab di hadapan Allah SWT.

“Kamu dayus. Suami yang dayus. Suami yang tidak ada ihsan, yang tidak membela maruah isterinya.

“Kamu bertanggungjawab. Bayarlah doktor swasta pun kalau kita tahu (kos bersalin) sebulan RM4,000. Isteri beranak sembilan bulan, letak duit simpan sedikit-sedikit, berdoa kepada Allah taala,” katanya lagi.

Undang perhatian pengamal perubatan minta kesahihan data ramai doktor wanita dalam O&G dikeluarkan

Video tersebut turut mengundang perhatian seorang pengamal perubatan, Dr Wan yang meminta agar pendakwah tersebut untuk mengeluarkan data yang sahih berkenaan dakwaannya bahawa kebanyakan doktor yang menyambut bayi (doktor O&G) adalah dari kalangan doktor wanita.

Dia turut menyatakan proses itu tidak semestinya hanya dilakukan oleh doktor, tetapi ada sahaja ‘sister’ (ketua jururawat) yang sambut.

Melainkan, terdapat kes-kes khas ketika bersalin atau berisiko tinggi, Maka doktor pakar dan pegawai perubatan (medical officer) yang akan menyambut kelahiran tersebut.

Kebanyakan doktor O&G adalah lelaki kerana wanita ramai tidak berminat

Jelasnya, dalam kepakaran yang dipanggil O&G (obstetrik & ginekologi) kebanyakannya adalah lelaki.

Katanya, ketika ditanya pada rakan-rakan wanitanya mengapa tidak mahu menceburi bidang tersebut bermacam-macam jawapan yang diterima seperti kotor dan juga tidak minat.

Bagi doktor lelaki pula menyatakan mereka juga geli namun ia adalah amanah maka perkara itu perlu dilakukan juga.

Malah dia turut berkongsi pandangan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu tersebut.

@drwanshare

Kalau ada doktor perempuan, utamakan mereka untuk sambut baby korang okay 👍 ….#dr1share #doktor #tiktokguru #shouldbeme

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Melihat di ruangan komen ramai yang tidak bersetuju dengan pendakwah tersebut dan menyatakan tidak semua orang berkemampuan untuk bersalin di hospital swasta.

‘Ustaz Azhar Idrus dah terangkan kalau darurat tak apa…’

‘Boleh ustazah, ustazah bayarkan ye bil nanti’

‘Ustazah kenapa tak wajibkan je suami-suami ambil kursus bersalin’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.