fbpx
Now Reading
“Fuh Power Dik”- Kanak-Kanak Buat Stop Motion Minecraft Guna Lego Dipuji Ramai [Video]
kanak-kanak hasilkan slow motion

“Fuh Power Dik”- Kanak-Kanak Buat Stop Motion Minecraft Guna Lego Dipuji Ramai [Video]

Menurut ibunya, Adi banyak mempelajari untuk melakukan video stop motion itu dari abang-abangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Segelintir kanak-kanak gemar bermain blok Lego, malah permainan ini juga bagus untuk mengasah daya pemikiran mereka agar menjadi lebih kreatif.

Dengan menggunakan blok Lego yang ada, mereka bukan sahaja boleh menghasilkan pelbagai objek dan bentuk.

Malah ada segelintirnya turut menjadikan ‘props’ atau sebahagian dari watak ‘role play’ dalam kisah Lego yang mereka cipta sendiri.

Seorang kanak-kanak sedang bermain Lego sambil membuat stop motion

Perkara ini samalah seperti satu video tular di TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain Lego sambil dirakam oleh pemilik video @timbalan_opah yang dipercayai ibunya.

Menerusi video itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Adi sedang merakam video ‘stop motion’ dengan menggunakan Lego yang telah dibina sama seperti di dalam aplikasi permainan video, Minecraft.

Ketika ditanya dari manakah dia mempelajari untuk membuat video tersebut dia menjawab dari YouTube dan ia sangat mudah untuk dilakukan.

Ibu papar hasil stop motion anak

Dalam video tersebut, ibunya turut menunjukkan hasil stop motion yang telah dilakukan oleh Adi.

Menurut ibunya di ruangan komen, Adi merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik dan menyatakan animasi stop motion itu banyak dipelajari dari abang-abangnya.

Ucap terima kasih pada mereka yang memberi sokongan

Dalam satu lagi video yang di muat naik, Adi turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang suka dan berkongsi tentang videonya itu.

Dia turut menyatakan bahawa dirinya semakin bersemangat untuk melakukan lebih banyak lagi video bersama abang-abangnya.

@timbalan_opah

Terima kasih Pada Semua yg support Adi.. InsyaAllah Bonda Dn Ayah dia akan Terus support anak2.. doa kn anak Bonda ya 🥰❤️🥰 #lego #minecraft #stopmotion #Adi

♬ Lego – Chernoblin

Dalam satu lagi muat naik, ibunya turut berkongsi hasil video stop motion yang telah dihasilkan oleh abang kepada Adi iaitu Rahimi.

Perkongsian itu, turut mendapat perhatian dari orang ramai yang kagum melihat video yang dihasilkan dan meminta agar si ibu untuk terus memberi sokongan kepada anaknya itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.