Beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial kisah seorang pendakwah wanita yang menggelar kaum lelaki sebagai dayus sekiranya membenarkan isteri bersalin disambut oleh doktor lelaki.
Perkara itu, telah menarik perhatian orang ramai di mana rata-rata dlilihat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkannya
Malah, isu itu turut diulas oleh pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjelaskan hukum bagi bidang perubatan bergantung kepada keadaan semasa khususnya jika ia melibatkannya nyawa.
Baca artikel berkaitan: “Kenapa Dayus Pula?” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Isu Suami Benarkan Isteri Bersalin Dengan Doktor Lelaki [Video]
Susulan dari penjelasan tersebut, pendakwah wanita yang dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah itu tampil membidas penjelasan yang dikeluarkan UAI dan menyifatkan isu itu adalah masalah wanita.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @m_hafizek, pendakwah itu berpendapat UAI tidak memahami hukum Allah SWT selain mempersoalkan adakah pendakwah terkenal itu pernah merasai pengalaman perit melahirkan anak seperti wanita lain.
“Pernah ke ustaz duduk merasai pengalaman beranak? Ya ustaz ada isteri tapi pernah ustaz menjadi seorang wanita yang beranak, yang mengandung dalam keadaan itu?” soalnya.
Dalam video itu dia turut bertanya apakah tindakan UAI sebagai ulama tatkala mengetahui bahagian sulit wanita menjadi bahan uji kaji kepada doktor pelatih untuk dilihat, diseluk dan sebagainya.
“Apa yang ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah merasa ini adalah tanggungjawab seorang ulama, seorang ustaz benda ini maruah seorang wanita.
“Ini maruah wanita ini, jangan kata kita mudah halal, haram macam orang berkatalah kalau pergi nak usik ahli fiqh. Ahli fiqh akan cakap halal, haram, harus macam tulah kalau usik pada ahli fiqh.”
Soalnya lagi, apakah usaha dilakukan oleh UAI yang mempunyai pengaruh besar untuk sampaikan kepada kerajaan berhubung wanita yang tidak reda diri mereka dijadikan bahan uji kaji.
“Ustaz tahu tak sakit bawah kena rodok tu macam mana? Tahu tak cara mereka rodok tu macam mana ustaz?
“Bukan sorang, bukan dua orang ustaz kang nanti orang ni masuk, kalau tangan yang bukan muslim yang masuk macam mana ustaz? Tangan lelaki tahu tak macam mana?” katanya lagi dalam video tersebut.
Meninjau di ruangan komen ramai yang tidak bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh ustazah berkenaan dan menyifatkan tidak semua orang berkemampuan untuk bersalin di hospital swasta.
Baca artikel berkaitan:
ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…