fbpx
Now Reading
“Seratus Je Kata RM350?” – Tular Dakwaan Pengundi Luar Tak Dapat Bayaran Yang Dijanjikan [Video]

“Seratus Je Kata RM350?” – Tular Dakwaan Pengundi Luar Tak Dapat Bayaran Yang Dijanjikan [Video]

Difahamkan, jumlah yang dijanjikan oleh parti tersebut tidak setimpal dengan bayaran yang mereka perolehi menyebabkan berlaku sedikit ketegangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa video memaparkan keadaan huru-hara orang ramai selepas melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lalu (19 November).

Berdasarkan video tersebut,,kekecohan itu didakwa berlaku kerana kumpulan tersebut ingin menuntut bayaran yang menurut mereka telah dijanjikan oleh pihak sebuah parti.

4 video berbeza tapi situasi yang sama

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @LagaCawan, kelihatan empat video yang diambil di kawasan yang berbeza tetapi memaparkan situasi yang sama telah berjaya meraih perhatian ramai.

Susulan penularan video berkenaan, pelbagai spekulasi dan andaian yang dilakukan oleh pihak luar mengenai situasi yang terjadi itu.

Dakwaan duit untuk yang undi PAS

Sebahagian pihak mendakwa itu adalah duit habuan kepada pengundi yang mengundi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) seperti yang dijanjikan oleh parti tersebut.

Duit bantuan pegundi luar yang pulang mengundi

Namun, ada pihak yang mengatakan duit yang dituntut itu sebenarnya hanyalah duit bantuan bagi pengundi luar iaitu anak perantau yang pulang mengundi.

Malah ada juga yang mendakwa wang bantuan tersebut turut diberikan kepada semua yang layak tanpa mengira parti.

Ia bagaimanapun mencetuskan salah faham dan suasana tegang apabila amaun yang diberikan oleh pihak terlibat kurang dari apa yang mereka janjikan.

Wang diagihkan Ketua Kampung bukan mana-mana parti

Bagaimanapun, isu sebenar mengenai apa yang terjadi di dalam video tersebut tidak dapat dipastikan. Oleh itu, diharap tiada pihak yang akan mengeruhkan lagi keadaan dengan cuba menyebarkan fitnah atau berita yang tidak sahih.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.