fbpx
Now Reading
Teruja Guna Air Berbanding Tisu Di Tandas Qatar, Peminat Bola Sepak Mahu Pasang Paip Air Bila Pulang Ke London

Teruja Guna Air Berbanding Tisu Di Tandas Qatar, Peminat Bola Sepak Mahu Pasang Paip Air Bila Pulang Ke London

YouTuber kelahiran Croatia itu turut merasakan bidet air adalah perkara terbaik yang pernah ada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang peminat bola sepak dari United Kingdom (UK) melahirkan rasa keterujaannya apabila menggunakan paip air di tandas di Qatar.

David Vudjanic, seorang YouTuber kelahiran Croatia yang berada di Qatar selama sebulan bagi menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Fifa World Cup 2022 menyifatkan pengalamannya menggunakan air berbanding tisu seperti yang diamalkan di negara barat adalah perkara terbaik yang pernah dilakukannya.

”Saya sudah menggunakan paip air tandas selama sebulan di Qatar. Saya berasa sangat ngeri apabila memikirkan kami hanya menggunakan tisu di UK/Eropah.

”Ini (paip air) adalah perkara terbaik yang pernah ada,” kata influncer itu yang kini menetap di London.

Mahu beli dan pasang di rumahnya di London

Mengakui pernah menggunakan paip air jenis bidet ketika berada di Perancis, Vujanic bagaimanapun merasakan kelengkapan tandas di negara Eropah itu agak besar justeru dia lebih selesa dengan bidet yang disediakan di Qatar.

Malah dia merancang untuk membeli alatan tersebut untuk dipasang di tandas rumahnya sebaik pulang ke London.

Berseloroh mahu cetak baju dengan gambar bidet

Lebih mencuri tumpuan apabila dia menerusi satu lagi ciapan berbeza turut berseloroh mahu mencetak baju dengan gambar paip air.

Ini jelas menunjukkan Vujanic begitu selesa sejak membiasakan diri mengunakan air di Qatar.

Ciapan-ciapan yang dilakukannya ternyata mencuri perhatian pengguna media sosial. Ramai dilihat bersetuju dengan kenyataannya dan menjelaskan penggunaan air untuk menyucikan diri sememangnya sudah diamalkan penduduk Asia sejak beribu tahun yang lalu.

Beralih kepada bidet selepas pulang dari Malaysia & Mesir

Malah seorang wanita dari Eropah, Anana Anana dipercaya dari Ukraine turut menjelaskan sudah memasang bidet di tandas rumahnya selepas mengembara ke Malaysia dan Mesir.

“Selepas melawat Mesir dan Malaysia, saya beralih gunakan benda ini (paip air) sewaktu ubah suai bilik mandi,” tulis Anana sebagai ciapan balas.

Sebagai rekod, tidak banyak rumah di UK menggunakan bidet di dalam tandas mereka. Ia bagaimanapun tersedia di pasaran memandangkan kebanyakan orang Islam dan orang Asia yang menetap di sana akan memasang alatan tersebut di rumah mereka.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.