Restoran Tular ‘Tikus Jamah Ayam Goreng’ Di Pandan Indah Diarah Tutup 2 Minggu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan penutupan serta-merta sebuah kedai makan di Kuala Lumpur selama 14 hari berikutan insiden tikus menjamah ayam goreng di ruang pemanas makan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, KKM juga telah mengeluarkan enam notis kompaun terhadap restoran yang berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur itu pada Sabtu (24 Disember) ekoran dari kegagalan pemilik memenuhi aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

“Pasukan penguat kuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat semalam (24 Disember).

“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kedai itu adalah tidak memuaskan.

“Di samping itu, sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan dalam kedai yang begitu kotor | Foto: KKM

Dr Noor Hisham dalam masa sama turut menyarankan orang ramai untuk memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) sekiranya ingin membeli atau menjamu selera di luar rumah.

Terdahulu tular video di restoran tersebut yang dirakam seorang pelanggan memperlihatkan seekor tikus sedang menikmati ayam goreng yang diletakkan di dalam pemanas makanan di premis itu.

Video tersebut menimbulkan rasa geli pengguna media yang mahu KKM segera bertindak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingin berlaku terhadap pelanggan di kedai tersebut.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago