fbpx
Now Reading
Restoran Tular ‘Tikus Jamah Ayam Goreng’ Di Pandan Indah Diarah Tutup 2 Minggu

Restoran Tular ‘Tikus Jamah Ayam Goreng’ Di Pandan Indah Diarah Tutup 2 Minggu

KKM turut mengeluarkan enam notis kompaun terhadap restoran yang berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur itu ekoran dari kegagalan pemilik memenuhi aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan penutupan serta-merta sebuah kedai makan di Kuala Lumpur selama 14 hari berikutan insiden tikus menjamah ayam goreng di ruang pemanas makan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, KKM juga telah mengeluarkan enam notis kompaun terhadap restoran yang berada di Pandan Indah, Kuala Lumpur itu pada Sabtu (24 Disember) ekoran dari kegagalan pemilik memenuhi aspek penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

“Pasukan penguat kuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat semalam (24 Disember).

“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan kedai itu adalah tidak memuaskan.

“Di samping itu, sebanyak enam notis kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan dalam kedai yang begitu kotor | Foto: KKM

Dr Noor Hisham dalam masa sama turut menyarankan orang ramai untuk memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) sekiranya ingin membeli atau menjamu selera di luar rumah.

Terdahulu tular video di restoran tersebut yang dirakam seorang pelanggan memperlihatkan seekor tikus sedang menikmati ayam goreng yang diletakkan di dalam pemanas makanan di premis itu.

Video tersebut menimbulkan rasa geli pengguna media yang mahu KKM segera bertindak bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingin berlaku terhadap pelanggan di kedai tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.