fbpx
Now Reading
Konsert Sempena Ulang Tahun ke-26 Pukau Ribuan Peminat Ungu Di Kuala Lumpur [Video]
Konsert Ulang Tahun ke 26 Ungu

Konsert Sempena Ulang Tahun ke-26 Pukau Ribuan Peminat Ungu Di Kuala Lumpur [Video]

Selepas lima tahun, Ungu kembali menyengat lepas tampil persembahkan sebanyak 20 buah lagu dalam Konsert Ulang Tahun ke-26 Ungu, yang dihadiri hampir 3,000 orang peminat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas lima tahun menanti, akhirnya rindu peminat terubat apabila kumpulan rock terkenal dari Indonesia, Ungu mengadakan konsert bagi meraikan ulangtahun ke-26 mereka yang berlangsung di Star Convention Center, Menara PGRM Kuala Lumpur, semalam (26 Disember).

Seramai lebih kurang 3,000 peminat telah dianggarkan memenuhi ruangan dewan tersebut bagi malam pertama konsert itu diadakan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan ramai, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli bersama tiga orang anak baginda iaitu Yang Mulia Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah yang kelihatan gembira sepanjang konsert berlangsung.

Foto: Afifa / BuzzKini

Persembahkan sebanyak 20 buah lagu hits kumpulan Ungu

Konsert anjuran Star Planets dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia ini turut mempersembahkan 20 buah lagu hits antaranya Demi Waktu, Kekasih Gelap, Andai Ku Tahu, Tercipta Untukku, Hampa Hatiku serta banyak lagi.

Sepanjang konsert berlangsung turut kedengaran suara para peminat yang bersorak dan bernyanyi bersama-sama ketika vokalis kumpulan itu mendendangkan setiap lagunya.

Malah ketika lagu Tercipta Untukku dipersembahkan kelihatan peminat yang sebak sehingga ada yang menitiskan air mata.

Foto: Afifa / BuzzKini

Pemain gitar kumpulan Ungu turut nyanyikan lagu ciptaan sendiri

Bukan hanya itu, persembahan berkenaan turut diselang-selikan dengan lawak jenaka oleh vokalis, Pasha selain turut mempersembahkan nyanyian dari pemain gitar elektrik mereka seperti Enda dan Onci.

Antara anggota yang turut bersama dalam menjayakan konsert termasuklah Makki iaitu bass guitar dan juga Rowman pemain drum bagi kumpulan tersebut.

Untuk makluman, konsert Ungu sempena ulang tahun ke-26 ini akan diadakan selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Disember. Oleh itu, bagi mereka yang berminat anda masih berpeluang untuk mendapatkan tiket dengan melayari di laman sesawang Star Planets.

Foto: Star Planets

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.