fbpx
Now Reading
Apple Lancar Varian iPhone 12 Dan iPhone 12 Mini Dalam Kemasan Ungu

Apple Lancar Varian iPhone 12 Dan iPhone 12 Mini Dalam Kemasan Ungu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Apple telah mengumumkan pengeluaran sebuah kemasan baru berwarna ungu untuk model iPhone 12 dan iPhone 12 mini, semalam. Dilancarkan pada Oktober tahun lalu, siri Apple iPhone 12 telah popular di kalangan pengguna iPhone.

Foto: Apple

Sama seperti iPhone 12 dan iPhone 12 mini yang tersedia dalam warna biru, hijau, hitam, putih dan merah, varian baru ungu juga akan tersedia dalam model 64GB, 128GB dan 256GB. Ia dijual dengan harga yang sama seperti warna keluaran asal bermula dari RM3,399 dan RM3,899.

Foto: Apple

Pra-pesanan untuk varian baru ini boleh dibuat mulai 23 April dan akan dijual mulai 30 April di China, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lebih dari 30 negara lain.

Greg Joswiak, naib presiden senior Pemasaran Antarabangsa Apple menjelaskan kemasan ungu baru ini tepat pada masanya untuk musim bunga dan menambah pilihan yang menarik bersama ‘line-up’ yang lain.

Foto: Apple

“Warna baru yang memukau ini kini telah menyertai keluarga iPhone 12 dan iPhone 12 Mini, yang tersedia dalam lima kemasan lain yang menakjubkan dan dilengkapi sistem dwi-kamera canggih, paparan Super Retina XDR, ketahanan yang lebih baik, A14 Bionic iaitu cip terpantas pernah wujud dalam sebuah telefon pintar, jangka hayat bateri yang hebat dan pengalaman 5G terbaik boleh didapati di mana-mana telefon pintar.”

Greg Joswiak, naib presiden senior Pemasaran Antarabangsa Apple

iPhone 12 mempunyai paparan 6.1 inci manakala iPhone 12 Mini dilengkapi dengan paparan 5.4 inci. Kedua-dua telefon ini mempunyai reka bentuk canggih, dihiasi dengan aluminium gred aeroangkasa dan digabungkan dengan skrin hadapan perisai seramik tahan lasak.

Foto: Apple

Varian kesukaan ramai ini menampilkan kamera pertama yang mampu merakam video HDR dengan Dolby Vision dan merupakan peranti pertama dan satu-satunya di dunia yang memberi pengalaman Dolby Vision untuk pelanggan merakam, mengedit dan berkongsi video gred pawagam di iPhone dengan mudah.

Foto: Apple

Dijalankan oleh iOS 14.5, siri iPhone 12 menggunakan cip A14 Bionic yang dibina berdasarkan proses 5-nanometer dan seperti yang dikatakan oleh Apple, CPU dan GPUnya adalah lebih pantas hingga 50 peratus berbanding dengan cip telefon pintar yang terhebat keluaran model pesaing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.