fbpx
Now Reading
Terkejut Tengok Polis Ketika Sedang Berdua-duaan, Pasangan Kekasih Lari Hingga Dikejar 10 Kereta Peronda [Video]

Terkejut Tengok Polis Ketika Sedang Berdua-duaan, Pasangan Kekasih Lari Hingga Dikejar 10 Kereta Peronda [Video]

Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula 18 hingga 21 Januari depan. Polis turut merampas Proton Persona, telefon bimbit dan wang tunai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1615704302525501442?s=20&t=NgduU13XeGloBgKXW79d2w

Sejak semalam, tular di media sosial rakaman yang memaparkan sebuah kereta dikejar oleh beberapa kenderaan polis ketika jalan raya sesak.

Difahamkan, pemandu kereta jenis Proton Persona itu bersama kekasihnya cuba mengelak dari pemeriksaan polis dan melarikan diri sejauh 130 kilometer (km) sebelum mereka berjaya ditahan pada awal pagi semalam (18 Januari).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, anggota Balai Polis Bandar Datuk Onn bersama rakan setugas membuat Rondaan Cegah Jenayah (RCL) pada jam 11.30 malam di kawasan tersebut.

Pemandu melarikan diri ketika anggota polis ingin memeriksa

Menurutnya, ketika rondaan dijalankan, polis telah mengesan kereta terbabit berada dalam keadaan mencurigakan dan semasa ingin membuat pemeriksaan, suspek secara tiba-tiba mengundurkan kereta dan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri.

“Anggota kemudian meminta bantuan bilik gerakan IPD JBS. Enam kereta peronda MPV dari IPD JBS dan empat kereta peronda MPV dari JBU yang sedang bertugas turut membantu menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Berjaya ditahan di Kilometer 76.6 Lebuhraya Utara Selatan

Ujar Raub Selamat, pasangan kekasih itu akhirnya berjaya ditahan pihak polis di Kilometer 76.6 Lebuhraya Utara Selatan dekat Ayer Hitam.

“Pemandu ialah lelaki tempatan berusia 20 tahun manakala teman wanitanya berusia 18 tahun. Hasil soal siasat awal mendapati suspek melarikan diri kerana sedang berdua-duaan dalam kereta dan terkejut apabila melihat peronda MPV menghampiri kenderaannya.”

Pada masa sama, Raub Selamat berkata hasil semakan rekod lampau mendapati kedua-dua pasangan kekasih ini tiada sebarang kes melibatkan jenayah atau kes berkaitan dadah.

Kedua-dua suspek direman selama 4 hari bermula semalam

Jelasnya lagi, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 21 Januari depan serta polis turut merampas Proton Persona, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM168.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan berserta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu).

Terdahulu, tular di media sosial dua video berasingan yang memaparkan kenderaan polis mengejar sebuah kereta di Jalan Skudai, Johor Bahru.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.