fbpx
Now Reading
“Dia Kata Dia Bodoh, Tersuka Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Jatuh Hati Pada Aliff Aziz [Video]

“Dia Kata Dia Bodoh, Tersuka Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Jatuh Hati Pada Aliff Aziz [Video]

Menurut Bella, Aliff sudahpun menerangkan kepadanya mengenai isu tersebut serta mereka telah berbincang secara matang agar tidak berlaku pergaduhan seperti dulu lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, hubungan rumah tangga di antara penyanyi terkenal, Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah kembali bahagia.

Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka seakan diuji lagi apabila kali ini Bella Astillah tampil dalam satu sesi temu bual mendedahkan ada seorang pelakon wanita yang ingin menganggu rumah tangganya.

Cuba hubungi suami Bella sebanyak 7 hingga 8 kali

Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram extra_my, Bella berkata pelakon wanita yang bergandingan bersama Aliff dalam sebuah drama itu telah cuba menghubungi suaminya menerusi panggilan telefon sebanyak 7 hingga 8 kali.

Pelakon wanita akui tersuka Aliff Aziz

Lebih mengejutkan apabila pelakon wanita itu sendiri mengakui sudah tersuka Aliff tanpa sengaja dan menghubungi Bella untuk berkawan dengannya.

“Dia mintak maaf, dia kata dia bodoh dan dia dah tersuka suami saya. Dia WhatsApp saya ‘non-stop’ dia kata dia nak jadi kawan saya dan saya cakap ‘no’.

“Saya risau sebab sekarang ramai yang berani memberitahu ya, jadi Bella rasa sungguh kecilnya aku yang orang tidak hormat,” katanya.

Aliff dan Bella sudah berbincang secara matang mengenai isu ini

Jelas Bella lagi, Aliff sudahpun menerangkan kepadanya mengenai tersebut serta mereka telah berbincang secara matang agar tidak berlaku pergaduhan seperti dulu lagi.

Di akhir berbualan tersebut, Bella turut berharap agar orang ramai terus mendoakan hubungannya bersama Aliff agar kekal bahagia selamanya.

Nabila Huda turut beri komen ‘pedas’ kepada pelakon wanita tersebut

Sementara itu, Pelakon Nabila Huda turut menyelar tindakan aktres wanita terbabit dengan memberikan komen dan nasihat yang ‘pedas’.

“Siapa perempuan tu? Yang shoot sekali dengan Aliff tu ke? Pelakon baru kan? Meh sini aku ganyang dia mengada tersuka suami orang. Nak jadi pelakon ke nak jadi pelacur kat set? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Selain itu, dia turut menasihati pelakon tersebut untuk sentiasa fokus terhadap kerjayanya dan menjadi pelakon yang baik.

 “Tak boleh nak kawal nafsu dan fokus bukan untuk berlakon tapi nak meny*nd*l kat set. Tolong lah buang sikap nak jatuh cinta kat set ke tersuka ke terlanjur ke please lah! Focus on what you’re doing. Be a good actress! Bukan be a good prostitude,”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.