“Kena Kutip Satgi Ni” – Lelaki Buat Video Maki Polis, Dakwa Barangnya Tidak Dipulangkan Buat Netizen Bingung
Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit mendakwa barang peribadi miliknya yang diambil oleh pihak polis belum dipulangkan kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menggalas tanggungjawab sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pasti bukannya mudah, malah semakin hari semakin berat dengan pelbagai masalah serta kes jenayah yang harus dibanteras.
Tidak hanya itu, kebanyakkan anggota polis juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis karenah lain rakyat Malaysia yang ada.
Lelaki maki hamun pihak polis
Seperti semalam (1 Februari), tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki memaki hamun pihak polis.
Menerusi hantaran di laman TikTok akaun @parpar5072, kedengaran lelaki tersebut bertanya mengenai barang kepunyaannya yang didakwa diambil oleh pihak polis.
Mahu barang miliknya dipulangkan kembali
Pada video sama, lelaki terbabit juga bertanya berapa lama pihak polis ingin menyimpan barang kepunyaannya dipercayai kasut dan stokin tanpa memberikan kembali kepadanya.
“Eh Polis Bab, Bab mak kau! Buku undang (undang-undang) kau mesra, siap kawan aku cakap mesra. Berapa kau charged dia kata sorok stokin dan kasut?
“Berapa lama kau sorokkan harta aku, kau pulangkan cepat sikit Pkimk betul lah. Hingga mencuri ni, dah lah kau tak pulangkan, benda sampai jadi kat bisnes kau, suka hati mak kau nak tangkap.”
Undang pelbagai reaksi dari orang ramai
Perkongsian video berdurasi 27 saat oleh lelaki itu ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang bingung kerana gagal memahami apa yang cuba disampaikan lelaki berkenaan.
Namun penggunaan kata-kata kesat dan makian terhadap PDRM membuatkan netizen percaya dia bakal dicekup dalam masa terdekat.
Semakan kami pada akaun berkenan mendapati lelaki ini banyak memuat naik video yang gagal difahami pengguna media sosial.
Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang diperolehi kami atau kenyataan media daripada PDRM.
Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen: