fbpx
Now Reading
Reaksi Santai Atok Tak Sedar Keluarga ‘Celebrate’ & Nyanyi Lagu Sempena Hari Jadi Buat Ramai Terhibur [Video]
atuk tak sedar orang nyanyi lagu hari jadi

Reaksi Santai Atok Tak Sedar Keluarga ‘Celebrate’ & Nyanyi Lagu Sempena Hari Jadi Buat Ramai Terhibur [Video]

Meskipun lagu ulang tahun itu dinyanyikan dengan kuat dan diulang hingga tiga kali namun warga emas tersebut masih tidak menyedarinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyambut hari jadi seseorang merupakan suatu acara yang sangat bermakna terutama buat sesebuah keluarga.

Ini kerana, sambutan ini bukan sekadar meraikan hari jadi tetapi adalah salah satu cara untuk menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada individu berkenaan.

Warga emas tidak sedar cucu raikan hari jadi hingga ulang lagu hari jadi 3 kali

Baru-baru ini, tular satu video di Tik Tok memaparkan keadaan sebuah keluarga yang membuat sambutan hari lahir hingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naik oleh Ezraexclusice, kelihatan seseorang datang membawa kek hari jadi ke arah seorang warga emas yang dipercayai seorang datuk sambil ahli keluarga yang lain menyanyikan lagu meraikan hari jadinya.

Namun nyanyian dan kek itu tidak disambut oleh warga emas itu kerana dia sama sekali tidak menyedari bahawa dirinya sedang diraikan keluarga.

Ulang nyanyi lagu sampai 3 kali, atuk masih tak sedar sedang diraikan

Apa yang lebih melucukan, nyanyian tersebut turut diulangi hingga tiga kali oleh anak cucunya tetapi dia masih tidak menyedari hal tersebut.

“Bila atok dia orang tak sedar kehadiran cucu-cucu wish hari jadi, dah tiga kali ulang nyanyi,” katanya.

Malah warga emas itu ketika ahli keluarganya menyanyikan lagu hari jadi berkenaan dia sedang sibuk menekan alat kawalan seperti kipas atau penghawa dingin.

Mungkin mengetahui nyanyian dan kek itu tidak disedari oleh atuknya salah seorang kanak-kanak segera menegur warga emas tersebut dan menunjukkan kek yang berada di sisinya.

“Masa ni Naura (cucu) bagitahu barulah atuknya perasan.

“Selamat ulang tahun pa.. Semoga diberi kesihatan yang baik, panjang umur, dipermudahkan segala urusan.. Kami sayang kamu.”

Ramai terhibur lihat gelagat cucu sedarkan atuk untuk lihat kek hari jadinya

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi kanak-kanak itu menegur atuknya sehingga ada yang berseloroh mungkin dia telah penat menyanyikan lagu ulang tahun berkenaan.

Ada juga yang berkata warga emas itu mungkin sudah terbiasa dengan keadaan rumah yang bising hingga tidak sedar ahli keluarga sedang menyanyikan lagu ulang tahun hari jadi buat dirinya.

“Nasib lah cucu atuk bagitahu, kalau tidak, sampai ke bulan Zulkaedah tak perasan”

“Mesti atuk dah biasa bunyi bising macam tu… sebab tu buat tak tahu je”

“Ni mesti kes cucu suka nyanyi lagi hari jadi tu yang tak hairan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.