fbpx
Now Reading
Filem Pendek Sempena Raya, ‘Dipandu Rindu’ Pasti Buat Ramai Tersentuh [Video]

Filem Pendek Sempena Raya, ‘Dipandu Rindu’ Pasti Buat Ramai Tersentuh [Video]

Saksikan sendiri bagaimana kasih sayang seorang ayah berjaya ‘memandu’ hati anaknya pulang ke kampung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap tahun menjelang perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, syarikat-syarikat korporat tempatan pasti akan tampil dengan satu filem pendek raya khas untuk rakyat Malaysia.

Malah kemunculan iklan-iklan tersebut memang dinanti-nantikan oleh orang ramai memandangkan setiap darinya pasti terselit pelbagai mesej menarik.

Tidak ketinggalan, myTukar, ekosistem kereta terpakai yang pesat berkembang di Malaysia turut tampil dengan filem pertama bertemakan perayaan yang menonjolkan kepentingan nilai-nilai kasih sayang, persefahaman dan kebersamaan.

Filem yang diberi tajuk ‘Dipandu Rindu’ itu mengisahkan tentang seorang ayah dan anaknya yang duduk berjauhan ketika musim perayaan menghampiri.

Walaupun anaknya sibuk dengan kerja, ayahnya tetap berazam untuk merapatkan mereka dengan membaiki kereta lamanya bersama-sama.

Namun si anak kemudiannya memaklumkan tidak dapat pulang beraya kerana terlalu sibuk dengan tugas kerjanya.

Adakah si anak akan memahami isi hati ayahnya dan pulang ke kampung untuk perkara yang lebih penting dari kerjayanya?

Saksikan sendiri bagaimana kasih sayang seorang ayah berjaya ‘memandu’ hatinya pulang ke kampung.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif myTukar Derrick Eng, sebagai rakyat Malaysia beliau tahu betapa pentingnya sambutan Hari Raya untuk orang ramai.

“Sebagai satu jenama Malaysia, kami ingin mengetengahkan kepentingan utama Hari Raya. Kami berharap agar filem ini dapat bergema dengan jiwa kita, warga Malaysia yang sibuk bekerja dan juga bekerja keras untuk juga meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang walaupun ia bukan ketika musim perayaan. Ketika musim perayaan inilah kami komited untuk membawa keluarga di Malaysia pulang ke kampung dengan selamat”.

Bakal ditayangkan di negara jiran

Selain Malaysia, filem pendek raya ini juga akan ditayangkan di negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, yang merupakan pasaran untuk syarikat induk myTukar, Carro.

Dalam pada itu Pengarah Kreatif Carro, Simond Chew berkata, talian persaudaraan dan kasih sayang adalah nilai yang mengeratkan masyarakat.

“Kisah kepulangan ini adalah satu cerita yang amat mudah diterima dan difahami oleh negara serantau. Sebuah perjalanan untuk mengenali erti kasih sayang yang ahli keluarga kita punyai untuk kita dan sebaliknya bukanlah hanya perjalanan pulang ke kampung halaman, tetapi juga masa dan keprihatinan yang kita luangkan bersama”.

Menerusi pemerhatian kami di ruangan komen, segelintir pengguna YouTube menyifatkan filem Dipandu Rindu membuatkan mereka kembali menggamit memori mereka bersama ayah masing-masing suatu ketika dulu.

Malah ada yang mengakui filem ini membuatkan mereka tersentuh hingga menitiskan air mata.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.