fbpx
Now Reading
Kadar Zakat Fitrah Untuk Semua Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2023

Kadar Zakat Fitrah Untuk Semua Negeri Di Malaysia Bagi Tahun 2023

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita tinggal berapa hari sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 yang dijangka jatuh pada Sabtu, 21 April 2023.

Namun pengisytiharan tarikh tepat 1 Syawal hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) sebaik menerima laporan hasil cerapan anak bulan dan telah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Ini bermakna umat Islam tinggal berapa hari sahaja lagi untuk menunaikan zakat fitrah yang juga Rukun Islam ke-4.

Zakat fitrah secara istilahnya merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam pada bulan Ramadan.

Mula diperintahkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadan, zakat fitrah diwajibkan untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.

Selain itu, ia juga adalah untuk memberi makanan kepada golongan miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada 1 Syawal.

Apakah syarat wajib menunaikan zakat fitrah?

Menurut laman PPZ -MAIWP, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadan.

Kadar Zakat fitrah bagi 2023M/ 1444H

Bagi negara kita, setiap kali menjelang Ramadan, Jawatankuasa Syariah atau Fatwa Negeri akan memutuskan nilai harga beras semasa mengikut daerah atau jenis dan gred beras yang dimakan oleh penduduk.

Kemudian ia diputuskan dengan mengambil kira nilaian sebanyak segantang beras iaitu hampir kepada 2.60 kg.

Jadi bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan kadar zakat fitrah mengikut negeri di seluruh Malaysia bagi tahun 2023 (1443 Hijrah) :

NegeriKadar zakat fitrah 2022
PerlisRM7
KedahRM6.50/ RM7/ RM14/ RM21
Pulau PinangRM7, RM 13, RM20
PerakRM7/ RM14/ RM21
SelangorRM7/ RM14/ RM21
Negeri SembilanRM7/ RM10/ RM21
MelakaRM7/ RM14/ RM21
JohorRM7/ RM13
PahangRM7/ RM14/ RM21
TerengganuRM8/ RMR10/ RM24
KelantanRM7/ RM14/ RM21
SarawakRM7
SabahRM7
Wilayah PersekutuanRM7/ RM14/ RM21

Sebagai peringatan, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan orang ramai bahawa tidak sah zakat fitrah seseorang individu yang memakan beras jenis mahal tapi membayar kadar zakat mengikut harga beras biasa.

Baca artikel tersebut di bawah.

Artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.