fbpx
Now Reading
Makan Beras Mahal Tapi Bayar Beras Murah, Tak Sah Zakat Fitrah – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Makan Beras Mahal Tapi Bayar Beras Murah, Tak Sah Zakat Fitrah – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Menurut UAI, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya berkira untuk membayar zakat fitrah kerana kadarnya rendah dan ia hanyalah dilakukan setahun sekali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjelang saat akhir bulan Ramadan, perkara yang selalunya menjadi tumpuan umat Islam pastinya membayar zakat fitrah kerana ia merupakan satu tuntutan yang wajib dilakukan.

Pun begitu, ternyata masih ramai Mukmim yang keliru dengan pembayaran zakat fitrah yang mengikut harga dan jenis beras yang dimakan tak kira secara individu mahupun keluarga.

Pun begitu, ternyata masih ramai Mukmin yang keliru dengan pembayaran zakat fitrah yang mengikut harga dan jenis beras yang dimakan tak kira secara individu mahupun keluarga.

Tak sah bayar zakat ikut harga beras biasa tapi makan beras mahal

Susulan itu, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegaskan tidak sah zakat fitrah seseorang individu yang memakan beras jenis mahal tapi membayar kadar zakat mengikut harga beras biasa.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, UAI berkata sekiranya seseorang itu makan beras yang mahal maka dia diwajibkan membayar zakat mengikut apa yang dimakannya.

Kalau makan beras basmathi, bayar ikut harga RM21 seorang

Sebagai contoh, jika kadar zakat fitrah bagi mereka yang memakan beras basmathi adalah RM21, maka dia wajib membayar zakat mengikut nilai tersebut.

“Manakala, jika seseorang itu makan beras mahal dan juga ada ketikanya makan beras murah, maka kena lihat yang mana dia lebih banyak makan.

“Jika lebih banyak makan beras mahal maka wajib zakat fitrah dibayar untuk beras yang mahal. Jika banyak yang murah, bayarlah mengikut kadar zakat beras murah.

“Bagaimanapun, jika dia ragu-ragu sama ada banyak makan yang mahal atau yang murah, adalah disunatkan bayar zakat fitrah dengan kadar yang mahal,” katanya dalam satu majlis ceramah.

Jangan berkira soal bayar zakat, bagi lebih jika mampu

Menurutnya lagi, sebagai umat Islam kita tidak seharusnya berkira untuk membayar zakat fitrah kerana kadarnya rendah dan ia hanyalah dilakukan setahun sekali.

Oleh itu, ia adalah sesuatu yang afdal jika seseorang itu ingin membayar zakat dengan jumlah yang lebih kerana ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT amatlah besar.

“Jika kita bayar zakat RM7, bagilah RM10 yang lebih itu kira sedekah kerana Allah simpan di sisiNya sedekah itu jadi sebesar Gunung Uhud,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.