
“MasyaAllah” – Ramai Terpegun Kecantikan Isteri Virgoun, Inara Rusli Lepas Umum Buka Purdah Demi Sara Anak
Difahamkan, Inara terpaksa membuka purdah yang dipakainya kerana bagi memudahkan dia untuk bekerja mencari nafkah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan tentang pendedahan isteri kepada penyanyi terkenal Indonesia, Virgoun iaitu Inara Rusli mengenai sikap sebenar suaminya.
Inara Rusli mendakwa Virgoun telah berlaku curang terhadapnya sejak dua tahun lalu dan pernah membayar beberapa orang wanita bagi mendapatkan khidmat seks.
Lebih mengejutkan, penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu juga didakwa sering meminta isterinya melakukan hubungan suami isteri di siang hari ketika bulan Ramadan yang lalu.
Tidak hanya itu, Virgoun juga dikatakan memaksa Inara untuk mengambil ubat kurus selain membuka purdah yang telah dipakainya sejak 5 tahun yang lalu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun Didakwa Curang Sejak 2 Tahun Lalu, Siap Ajak Isteri Bersetubuh Di Siang Hari Ketika Bulan Puasa
Inara Rusli terpaksa buka purdah kerana ingin bekerja sara anak-anak
Terkini, Inara Rusli dalam satu sidang media di Indonesia sekali lagi mengejutkan ramai apabila wanita itu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai purdah.
Menurut Tribunnews, tindakan tersebut terpaksa dilakukan olehnya demi menyara anak-anak selepas kehidupannya hancur kerana sikap curang Virgoun.
Umpama jatuh ditimpa tangga, bukan sekadar dikhianati suami, malah Inara juga perlu membanting tulang menyara tiga orang anaknya sendirian selepas Virgoun nekad ingin memfailkan cerai.
Disebabkan itu, Inara nekad membuka purdahnya agar lebih mudah untuk bekerja demi mencari nafkah.
Pakai dan buka purdah kerana Allah, kata Inara
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok @tgifjj, Inara mengatakan dia memakai dan kini terpaksa membuka purdah kerana Allah demi menyara kesemua cahaya matanya.
Ketika Inara membuka purdahnya, kedengaran suara pihak media yang berkata ‘MasyaAllah’ kerana terpegun dengan kecantikan wanita itu.
@tgifjj Gon, Nikmat Tuhan mana lagi yang kau Dustakan? #inararusli #virgoun #derysulaiman #drrichardlee #klarifikasi #perselingkuhan #fyp
♬ الصوت الأصلي – maherzainfanforever
Ustaz Derry Sulaiman maklumkan buka purdah demi bekerja dibolehkan
Dalam pada itu, kedatangan Inara ke sidang media khas terbabit turut ditemani seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Derry Sulaiman.
Jelas Ustaz Derry, tindakan Inara untuk membuka purdah demi bekerja dibolehkan.
Pada masa sama, Ustaz Derry juga mengingatkan agar tiada pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan membuka purdah yang dibuat oleh Inara.