Pengantin Di Indonesia Jadikan Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin [Video]

Kemeriahan dan keterujaan orang ramai dalam menanti kehadiran kumpulan rock Britain, Coldplay ke Malaysia dalam jelajah konsert ‘Colplay Music Of The Spheres’ semakin dirasai.

Malah ramai yang sudah mula berkongsi gambar tangkap layar bukti telah membeli tiket konsert kumpulan itu yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan November ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Sesiapa Tidak Suka Kehadiran Kami, Kami Minta Maaf” – Chris Martin, Vokalis Coldplay [Video]

Tidak hanya di Malaysia, kumpulan musik rock itu juga bakal mengadakan konsertnya di Jakarta, Indonesia pada bulan yang sama.

Jadikan tiket Coldplay sebagai mas kahwin di Indonesia

Susulan itu, rata-rata peminat Coldplay di Indonesia juga sudah membeli tiket, lebih mengejutkan ada yang menjadikan tiket konsert tersebut sebagai salah satu mas kahwin.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @orangdalamkamu, kelihatan seorang ayah dan juga wali kepada pengantin perempuan sedang bersalaman bersama pengantin lelaki ketika majlis akad nikah.

“Saudara saya nikah guna mas kahwin tiket Coldplay, nikahnya di support (tanggung) Chris Martin,” tulisnya dengan nada gurauan di ruangan kapsyen.

Wali baca akad pernikahan sebut tiket Coldplay

Ketika wali membaca akad pernikahan, kedengaran jelas salah satu mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah tiket Coldplay.

“Saya nikahkan dan kahwinkan anak kandung saya kepada engkau dengan masa kahwin 21 gram logam mas, satu set alat solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai,” kata wali tersebut sebelum disahut oleh pengantin lelaki.

Selepas pengantin lelaki menjawab lafaz nikah, kedengaran suara dua orang saksi menjawab ‘sah’ sebelum kesemua mereka membaca doa tanda kedua pasangan itu telah selamat diijabkabul.

Perkongsian video tersebut yang tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai di mana rata-rata pengguna media sosial memuji pengantin lelaki yang sanggup menghadiahkan tiket Coldplay sebagai mas kahwin kepada isterinya.

PM Anwar ucap selamat datang kepada Coldplay

Terdahulu, kehadiran Coldplay ke Malaysia semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Twitter rasminya menyambut baik kedatangan kumpulan rock itu ke Malaysia.

“Coldplay selamat datang Ke Malaysia, kita akan bekerjasama menjaga alam sekitar dan kekalkan dunia ini selamat,” katanya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago