Big Stage 2023: Konsep Pakaian Tak Kena Dengan Lagu Keagamaan, Nadeera Zaini Mohon Maaf

Penyanyi, Nadeera Zaini yang juga peserta Big Stage 2023 memohon maaf kepada orang ramai ekoran dari konsep pakaian yang digunakannya semasa menyanyikan lagu Rahmatun Lil’ Alameen yang disifatkan kurang sesuai oleh banyak pihak.

Ini memandangkan lagu asal milik penyanyi antarabangsa, Maher Zain itu berkonsepkan mesej rasa cinta dan kasih sayang terhadap Nabi Muhammad SAW.

Nadeera menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia menerima segala kritikan dengan hati terbuka berhubung penampilannya sewaktu menyanyikan lagu berkenaan pada Konsert Big Stage Minggu Ke-3.

“Terima kasih kepada pasukan produksi, pemuzik, penggubah lagu, pasukan penata gaya dan pihak pengurusan yang memberikan Nad kerjasama yang baik.  Namun, ada yang memberi komen pakaian yang Nad gayakan kurang sesuai dengan persembahan malam ini (21 Mei).  Nad menyusun 10 jari memohon maaf atas kekhilafan yang terjadi. Nad terima segala komen serta saranan dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Nad akan memperbaiki kesilapan & terus berusaha memberikan yang terbaik, Insya-Allah.”

Nadeera Zaini

Tambah Nad lagi, dia sebelum ini keliru dan terpaksa bertungkus lumus bersama kumpulannya untuk mencari konsep yang sesuai bagi menjayakan persembahan minggu ketiga itu. 

“Pada awalnya Nad keliru memikirkan konsep yang sesuai untuk lagu Rahmatun Lil’ Alameen, baik dari susunan lagu, pakaian serta konsep persembahan. 

“Susunan lagu asal nyanyian Maher Zain kurang sesuai dengan pertandingan, jadi Nad bersama team management harus menyusun semula agar ia kena dengan ‘mood’ pertandingan dan sesuai dengan nada suara Nad. 

“Selepas berhempas pulas, akhirnya muncul dengan konsep akhir yang Nad tampilkan sebentar tadi (malam tadi),” tulisnya. 

Terdahulu netizen memenuhi ruangan TikTok Astro Gempak yang berkongsikan persembahan Nad pada Konsert Minggu ke-3 Big Stage 2023.

Ramai yang mempersoalkan pemilihan baju Nad yang terbelah di bahagian belakang selain selendang yang digunakannya tidak 100% menutupi rambut walhal lagu tersebut banyak menyebut nama Rasulullah SAW.

Video persembahan Nadeera di Konsert Minggu ke-3 Big Stage 2023

@astrogempak

#GempakLive : Nyanyian Nadeera malam ni memang menusuk jiwa Saksikan Big Stage Musim ke-5, setiap Ahad jam 9 Malam di Astro Ria dan strim di Astro GO Takkan la korang nak terlepas aksi peserta di Big Stage. Inilah masanya nak dapatkan Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #BigStage5 #BigStage2023 #DominasiBBNU #AstroBaharu #BukalahHati

♬ original sound – Gempak – Gempak

Recent Posts

  • Trending

Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Prof. Dr. Raja Amin…

54 mins ago
  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

3 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

3 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

3 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

18 hours ago