fbpx
Now Reading
“Sesiapa Tidak Suka Kehadiran Kami, Kami Minta Maaf” – Chris Martin, Vokalis Coldplay [Video]

“Sesiapa Tidak Suka Kehadiran Kami, Kami Minta Maaf” – Chris Martin, Vokalis Coldplay [Video]

Menurut Chris, semua orang dijemput hadir ke persembahan mereka tanpa mengira kaum, agama, mahupun pangkat kerana baginya tiada yang terkecuali semua adalah sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemeriahan dan keterujaan orang ramai dalam menanti kehadiran kumpulan rock Britain, Coldplay ke Malaysia semakin dirasai.

Malah ramai yang sudah mula berkongsi gambar mereka sedang merebut peluang untuk membeli tiket konsert kumpulan itu yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada bulan November ini.

Ramai yang telah berjaya mendapatkan tiket namun tidak kurang juga reaksi kekecewaan segelintir pihak yang tidak berjaya mendapatkan tiket.

Pun begitu, masih ada segelintir pihak yang kelihatan tidak senang akan kehadiran Coldplay dengan mendakwa kumpulan yang menyokong LGBT itu tidak memberi manfaat kepada negara terutamanya umat Islam.

Malah ada juga beberapa pihak yang mendakwa penganjuran konsert tersebut di negara ini dapat menyumbang kepada kerosakkan akidah umat Islam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Manfaat Pada Negara & Rakyat” – PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Sokong Kehadiran Coldplay Maknanya Dia Sokong ‘Geng Pelangi’, Kata Ustaz Ahmad Dusuki [Video]

Chris Martin, vokalis kumpulan Coldplay teruja bakal hadir ke Malaysia

Terkini, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin menerusi satu temubual oleh sebuah stesen radio telah meluahkan perasaan keterujaannya untuk melakukan konsert di Malaysia.

“Kami sangat bersyukur dan gembira untuk datang ke Kuala Lumpur. Ia merupakan tempat yang kami sayang dan hormat dari jauh untuk sekian lama. Setiap kali saya jumpa rakyat Malaysia, saya dapat rasakan perasaan sayang dan keramahan,” katanya.

Menurut Chris, semua orang dijemput hadir ke persembahan mereka tanpa mengira kaum, agama, mahupun pangkat kerana baginya tiada yang terkecuali semua adalah sama.

Chris mohon maaf kepada sesiapa yang tidak suka kedatangan kumpulan Coldplay

Pada masa yang sama, Chris yang seakan tahu mengenai isu segelintir pihak yang tidak senang akan kehadiran mereka juga meminta maaf secara terbuka.

“Sesiapa yang tidak suka dengan kehadiran kami, kami minta maaf tetapi kami sayang anda juga,” katanya lagi.

PM, Anwar ucap selamat datang kepada Coldplay

Terdahulu, kedatangan Coldplay ke Malaysia disambut baik apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada kumpulan rock itu menerusi hantaran video di laman Twitter rasminya.

“Coldplay selamat datang Ke Malaysia, kita akan bekerjasama menjaga alam sekitar dan kekalkan dunia ini selamat.”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.