Coldplay Taja Interceptor 005 Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Baru-baru ini band popular dari Britain, Coldplay ada mengumumkan yang mereka akan berkolaborasi bersama satu pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan dari Holland, The Ocean Cleanup sebagai usaha mereka memelihara alam sekitar.
Difahamkan inisiatif tersebut adalah untuk mencegah dan mengawal pencemaran sampah sungai khususnya plastik daripada memasuki kawasan laut.
Jadi sebagai tanda pendukung kuat inisiatif hijau dunia itu, Coldplay difahamkan akan menaja mesin memerangkap sampah sungai, Interceptor ke beberapa lokasi.
Yang menariknya band yang terdiri dari Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman, dan Will Champion itu telah memilih Malaysia untuk menjadi negara pertama yang menerima Inceptor 005 yang akan ditaja oleh mereka.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan Coldplay di Facebook, mereka meluahkan rasa berbesar hati untuk menaja mesin tersebut yang dijangka akan memerangkap ribuan tan sampah sebagai usaha memelihara alam sekitar.
“Coming soon to Malaysia”
“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting.
“Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan, “kata mereka.
Sebagai rekod ini adalah “Interceptor” kedua yang beroperasi di Malaysia selepas ketibaan Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu.