fbpx
Now Reading
“Tiada Manfaat Pada Negara & Rakyat” – PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

“Tiada Manfaat Pada Negara & Rakyat” – PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan berpendapat penganjuran konsert Coldplay pada 22 November di Kuala Lumpur tidak akan memberi sebarang manfaat kepada negara dan rakyat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, pada saat ini kebanyakan rakyat Malaysia sedang teruja dan menjadi bualan hangat di media sosial apabila kumpulan rock terkenal British, Coldplay akan melakukan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Perkara itu tidak hanya menjadi bualan rakyat, malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyambut baik kedatangan kumpulan terbabit selepas membuat ciapan “Selamat datang ke Kuala Lumpur” melalui Twitter rasminya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat gesa kerajaan batalkan konsert Coldplay

Pun begitu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Haji Nasrudin Hassan Tantawi dilihat tidak bersetuju apabila menggesa kerajaan untuk membatalkan konsert tersebut.

Menerusi ciapan balas kepada Anwar, Nasrudin berpendapat penganjuran konsert kumpulan Coldplay di Kuala Lumpur itu adalah tidak memberi sebarang manfaat kepada negara dan rakyat.

“Batalkan persembahan kumpulan ini. Tiada manfaatnya untuk negara dan rakyat,” tulisnya di Twitter.

Nasrudin persoal adakah kerajaan ingin semai budaya hedonism dan songsang

Tidak hanya di Twitter, Nasrudin turut menyuarakan isu tersebut di laman Facebook miliknya dengan mempersoalkan sama ada kerajaan ingin menyemai budaya hedonism dan songsang dalan negara ini.

“Apakah kerajaan bermaksud mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang dalam negara ini? Saya nasihatkan agar batalkan sahaja persembahan kumpulan ini di Malaysia.

“Tidak membawa apa-apa kebaikan pada agama, bangsa dan negara,” tulisnya di Facebook.

Secara ringkasnya, Hedonisme adalah satu fahaman falsafah/ pegangan hidup yang mengutamakan keseronokan atau kenikmatan hidup.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.