fbpx
Now Reading
Adik- Beradik Buat Kejutan Beri Ayah Hadiah Motosikal & Nombor Plat Kesayangan [Video]

Adik- Beradik Buat Kejutan Beri Ayah Hadiah Motosikal & Nombor Plat Kesayangan [Video]

Jurujual motosikal tersebut pada awalnya berkata kepada bapa Anis bahawa motor tersebut adalah milik Ali sebelum anaknya memaklumkan ia adalah hadiah dari mereka adik-beradik buat ayahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap insan yang bergelar anak tentu mempunyai impian untuk membahagiakan kedua ibu bapa mereka.

Ini kerana, mereka bukan sahaja sudah banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak tetapi turut sedaya upaya memberikan pendidikan yang terbaik agar menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Oleh itu, untuk membalas jasa mereka antara yang boleh dilakukan si anak adalah dengan menjadi anak yang baik, menjaga kebajikan, dan bagi yang berkemampuan memberikan hadiah buat insan istimewa ini.

Adik-beradik beri hadiah motosikal pada bapa

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh adik-beradik ini apabila mereka bersama-sama menghadiahkan bapa tercinta sebuah motosikal impiannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Anis, kelihatan mereka sekeluarga sedang berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal bersama dengan ayahnya.

Si ayah kemudian terlihat sebuah motosikal berwarna merah dan terkejut selepas melihat nombor pendaftaran motor tersebut.

Jurujual itu kemudian menyatakan motosikal itu adalah kepunyaan seorang individu yang bernama Ali.

Si ayah terkejut nombor plat motosikal kebetulan sama dengan nombor plat lori kesayangan

Ayah Anis kemudian memaklumkan kepada jurujual tersebut bahawa nombor pendaftaran itu sama dengan nombor plat lori miliknya, sebelum salah seorang anak memaklumkan bahawa motor tersebut adalah hadiah buatnya.

“Ayah sebenarnya motor ni kami adik-beradik belanja ayah,” kata seorang lelaki sambil yang lain menjerit ‘surprise’ kepada ayahnya.

Mereka kemudian memaklumkan itu adalah hadiah bersempena dengan hari bapa yang akan menjelang tidak lama lagi.

Tiba giliran anak balas jasa ibu bapa

@sayacumakucen

26 tahun Anis hidup. Tak pernah sekali Anis tengok Ayah lebihkan diri sendiri. Ayah akan utamakan orang lain terutamanya anak anak ayah. Tidak terbalas perngorbanan ayah dengan hanya sebiji motor ni. Tapi yang Anis tahu, selagi anis bernyawa anis akan usaha menggembirakan hati ayah ibu dan keluarga. Kesenangan dan kebahagian ayah adalah keutamaan anis. Macamana ayah berpenat lelah untuk anis dulu, kalini turn kami untuk balasnya. Jangan menangis, ayah. Bergembiralah harini. Terlalu banyak keringat dan lelah ayah tempuh untuk membesarkan kami. Ayah, terimalah. Dari kami. Buat ayah. Sayang ayah 🥹 Video panjang ada di profile @ALIFFAIMANAZMI #ayahduniaakhirat #terimakasihayahuntuksegalanya

♬ original sound – Ciknis – Ciknis

Kelihatan wajah si ayah terkejut namun gembira dalam masa sama kerana dipercayai motor tersebut adalah motosikal impian manakala nombor pendaftar itu pula adalah nombor plat lori kesayangannya.

“26 tahun Anis hidup. Tak pernah sekali Anis tengok Ayah lebihkan diri sendiri. Ayah akan utamakan orang lain terutamanya anak-anak ayah.

“Tidak terbalas pengorbanan ayah dengan hanya sebiji motor ini. Tapi yang Anis tahu, selagi Anis bernyawa Anis akan usaha menggembirakan hati ayah, ibu dan keluarga.

“Kesenangan dan kebahagian ayah adalah keutamaan Anis. Mecam mana ayah berpenat lelah untuk anis dulu, kali ini giliran kami untuk membalasnya,” tulis gadis di ruang kapsyen.

Melihat di ruang komen, ramai yang terharu dengan kejutan itu dan ada juga yang menyatakan jika diberikan kesempatan mereka juga ingin melakukan hal yang sama.

“Alhamdulillah tersenyum lebar ayahnya semoga bertambah rezeki buat anak-anak”

“Belum sempat tunaikan hajat impian seorang ayah dia dah pergi.. al-Fatihah abah”

“Aku tak bolehlah. Kalau pasal mak, ayah ni. Mesti mengalir (air mata)”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.