fbpx

“Yang Tahu Akan Hargai” – Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Tak Marah Tapi Suka Pelanggan Anggap Durian Rosak

Buah durian itu digelar sebagai Tupai King dan kebanyakan peminatnya terdiri daripada bangsa Cina.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Durian atau nama saintifiknya ‘durio’ merupakan raja segala buah. Terdapat pelbagai jenis durian yang ada di pasaran.  

Namun, antara jenis durian yang selalu mendapat tempat di hati peminat adalah Musang King dan Durian Kampung.

Bila sebut sahaja tentang durian, pasti sudah terbayang isinya yang lazat dan baunya yang menyengat.

Kebiasaannya, isi durian berwarna kekuningan atau krim. Namun, lain pula dengan durian yang dijual oleh seorang peniaga di Raub, Pahang.

Isi Durian Lebam & Warna Hitam Kekuningan, Peniaga Dakwa Durian ‘Rare’, Susah Nak Jumpa

Melalui satu hantaran yang dibuat oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Rizky Durian, isi durian di dalam gambar yang dimuat naik itu kelihatan berwarna hitam kekuningan.

Foto: Facebook Rizky Durian

Menurutnya, rata-rata pelanggan akan menolak dan menganggap durian itu telah rosak kerana warna isinya tidak seperti buah durian yang biasa.

Namun, dia menolak dakwaan itu, sebaliknya menjelaskan durian itu adalah buah yang unik dan ‘rare’ kerana sukar didapati.

“Durian ini barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu sahaja akan menghargai,” tulisnya di Facebook.

Tidak marah dan berkecil hati dengan reaksi kebanyakan pelanggan, dia yakin durian jenis ini mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana rasa dan teksturnya yang unik.

Menurutnya lagi, buah durian itu digelar sebagai Tupai King dan kebanyakan peminatnya terdiri daripada bangsa Cina.

Rata-rata warganet menganggap peniaga itu menipu malah ada di antara mereka yang menyatakan isi durian itu kehitaman kerana telah rosak akibat ditanam berhampiran kubur.

Foto: Facebook Rizky Durian

Namun ada juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh peniaga berkenaan dan kebanyakan warganet mahu mencuba buah yang unik ini.

Menerusi carian kami, Tupai King atau Tupai 226 mula mendapat tempat di kalangan peminta durian tegar di Pulau Pinang.

Bentuknya juga menyamai durian Duri Hitam (D200) namun rasanya dikatakan seperti durian Musang Queen atau Tekka (D160).

Apa yang membuat Tupai King lebih unik kerana pokoknya hanya ada di Pulau Pinang.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Beri Amaran, Scammer Guna Aplikasi Jual ‘Durian Murah’ Untuk Perdaya Mangsa

Baca Artikel Berkaitan: “Memang betul rezeki”- Lepas Dapat Bantuan Menteri, Lelaki Tular ‘Jual’ Durian RM500 Ditawar Jadi Influencer Pula

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.