fbpx
Now Reading
Berat Badan Cecah 300kg, Pemuda Di Indonesia Terpaksa Diangkat Guna Forklift Untuk Ke Hospital [Video]

Berat Badan Cecah 300kg, Pemuda Di Indonesia Terpaksa Diangkat Guna Forklift Untuk Ke Hospital [Video]

Fajri yang berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengalami masalah berat badan berlebihan sejak umur 11 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Merujuk portal MyHealth, kegemukan atau obesiti merupakan satu penyakit kronik yang semakin menular dalam kalangan masyarakat.

Obesiti merupakan satu keadaaan di mana seseorang individu itu mempunyai lemak yang berlebihan.

Sekiranya seorang mengalami obesiti, ia juga boleh berdepan beberapa penyakit kronik antaranya seperti kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Malah, individu yang mengalami obesiti juga akan menghadapi kesukaran untuk bergerak ke satu tempat yang lain.

Alami Masalah Obesiti Sejak Umur 11 Tahun, Berat Badan Cecah 300 Kilogram

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda di Kota Tangerang, Indonesia. Kesukaran untuk bergerak menyebabkan pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Fajri diangkat oleh orang ramai menggunakan forklift.

Fajri yang berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengalami masalah berat badan berlebihan sejak umur 11 tahun.

Berat badannya dikatakan semakin meningkat hingga mencecah 300 kilogram menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bergerak dan hanya mampu terbaring sejak lapan bulan yang lalu.

Orang Ramai & Petugas Terpaksa Guna Forklift, Ambil Tempoh 2 Jam Untuk Keluarkan Pemuda

Ekoran daripada keadaannya itu, pemuda berkenaan dikatakan mahu menjalani rawatan obesiti di sebuah hospital di Tangerang.

Namun, disebabkan saiz badannya yang besar itu, petugas dan penduduk setempat mengalami kesukaran untuk mengeluarkan dia daripada rumah tersebut.

Keadaan ini memaksa penduduk mendapatkan bantuan daripada Badan Pengendalian Bencana Daerah (BPBD).

Menurut Ketua Pelaksana BPBD yang dikenali sebagai Mulyadi, pihaknya menerima laporan daripada penduduk setempat bagi memohon bantuan untuk memindahkan pemuda tersebut ke hospital.

“Kami mendapat laporan daripada penduduk, kemudian kami melakukan perpindahan. Jalan ke rumah pemuda tersebut sempit dan beban tubuhnya pun terlalu besar,” ujar Mulyadi kepada portal berita Tribunnews.com.

Menurut beliau, pihaknya mengalami kesukaran dan mengambil masa selama dua jam bagi mengeluarkan pemuda berkenaan.

“Proses itu mengambil masa 2 jam kerana kami perlu mencari alat untuk memecahkan pintu dan menggunakan forklift bagi mengangkat pemuda berkenaan untuk diletakkan di dalam kereta sebelum membawanya ke hospital di Bandar Tangerang,” katanya memetik Tribunnews.com.

Video proses mengangkat Fajri tular di media sosial di negara jiran dan mendapat perhatian daripada warganet di Indonesia.

Fajri dikatakan bakal menjalani rawatan bagi penyakit obesiti yang dihidapinya bagi tujuan untuk mengurangkan berat badan melalui beberapa rawatan intensif.

@suaradotcom

Detik-Detik Pria dengan Bobot 300 Kg Berhasil Dievakuasi Damkar #Viral

♬ suara asli – Suaradotcom – Suaradotcom

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.