fbpx
Now Reading
4 Beradik Bertahan Hidup 40 Hari Dalam Hutan Amazon Selepas Pesawat Terhempas, Ini Cara Mereka Bertahan

4 Beradik Bertahan Hidup 40 Hari Dalam Hutan Amazon Selepas Pesawat Terhempas, Ini Cara Mereka Bertahan

Difahamkan, kakak sulung yang dikenali sebagai Lesley memilik ‘Survival Skill’ untuk meneruskan kehidupan bersama adik-adiknya sepanjang keberadaan mereka di dalam hutan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular berita sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang termasuk dua juruterbang terhempas di dalam hutan hujan Amazon pada 1 Mei lalu.

Nahas pesawat itu menyebabkan dua juruterbang dan seorang penumpang wanita terbunuh.

Namun, keempat-empat anak kepada wanita tersebut yang turut menaiki kapal terbang itu dilaporkan hilang semasa pihak berkuasa menemui bangkai pesawat berkenaan.

Menurut BBC, keempat-empat mangsa dikenali sebagai Lesley Jacobombaire berusia 13 tahun, Soleny (9 tahun), Tien Noreil (4 Tahun), dan Cristin Neriman (11 bulan).

Kempat-empat mangsa ditemui dalam keadaan selamat

Selepas 40 hari pencarian dilakukan oleh pihak tentera dan penduduk tempatan, akhirnya keajaipan berlaku pada Sabtu lalu (10 Jun) apabila keempat-empat mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka semua mampu bertahan hidup di dalam hutan tebal untuk jangka masa yang begitu lama, tambahan pula kesemua mangsa terdiri daripada kanak-kanak serta bayi kecil.

Lesley galas tanggungjawab jaga adik, makan tepung, biji benih dan buah-buahan

Difahamkan, Lesley selaku kakak paling sulung telah menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga ketiga-tiga adiknya sepanjang tempoh mereka berada di dalam hutan tersebut.

Mereka dapat terus bertahan hidup dengan memakan tepung, biji benih yang ditemui di dalam bangkai pesawat serta buah-buahan di dalam hutan.

Mereka tahu jenis buah yang boleh dimakan, Lesley ada ilmu surviving

Apa yang mengagumkan, Lesley tahu mengenai jenis buah-buahan dan tumbuhan yang boleh dimakan atau tidak di dalam hutan tersebut.

Menurut nenek mangsa yang dikenali sebagai Fatima, Lesley sudah biasa menjaga adik-adik semasa ibunya bekerja selain turut mempunyai ‘survival skill’ di dalam hutan.

Ramai kagum dengan survival skill yang ada pada kanak-kanak itu

Kisah kanak-kanak ini survive di dalam hutan Amazon turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter akaun @AhmadFaezal4.

Menurut Ahmad, selain daripada keadaan cuaca yang tidak menentu, hutan ini juga dipenuhi dengan pelbagai jenis hidupan berbahaya seperti ular anaconda, jaguar dan buaya caiman menyebabkan dia berasa kagum bagaimana kesemua mangsa mampu bertahan hidup.

Malah rata-rata pengguna Twitter juga berasa kagum dan sedar tentang betapa pentingnya untuk kekal bertahan di dalam hutan yang patut diajar kepada generasi muda masa kini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.