fbpx
Now Reading
Warga Emas Disahkan Mati Hidup Semula Lepas Terjaga & Ketuk Keranda [Video]

Warga Emas Disahkan Mati Hidup Semula Lepas Terjaga & Ketuk Keranda [Video]

Kementerian Kesihatan Ecuador telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian tersebut dan mereka akan memantau penjagaan Montoya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti ramai pernah mendengar ayat ‘mati hidup semula’ yang kebiasaannya dijumpai dalam lirik lagu sebagai bahasa kiasan.

Ayat tersebut tidak membawa makna yang orang sudah meninggal dunia akan hidup semula, namun siapa sangka perumpamaan itu benar-benar terjadi.

Warga emas disahkan meninggal dunia terjaga dalam keranda

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu kejadian luar biasa apabila seorang wanita warga emas di Ecuador, Amerika Selatan yang disahkan meninggal dunia telah ‘terjaga’ di dalam keranda sendiri ketika upacara pengebumiannya, lapor The Economics Times.

Menerusi perkongsian video di akaun Twitter @ElInformanteMX, kelihatan warga emas yang dikenali sebagai Bella Montoya berusia 76 tahun itu berada dalam keranda yang terbuka dalam keadaan tercungap-cungap sementara dua orang lelaki sedang membantunya.

Ketuk keranda dengan tangan kiri selepas meskipun sudah disahkan mati 2 hari lalu

Anak lelakinya, Gilbert Balberan memaklumkan kejadian disedari setelah ibunya itu mengetuk keranda dengan tangan kiri selepas terjaga.

Walhal dia sebelum itu telah disahkan meninggal dunia pada dua hari sebelumnya.

Menurutnya, dia terpaksa menguruskan sumbangan berkaitan keranda memandangkan mereka datang daripada keluarga yang miskin dan tidak berkemampuan selepas Hospital Awam Martin Icaza, Babahoyo mengisytiharkan kematian wanita itu pada Jumaat lalu (9 Jun).

“Mereka (pihak hospital) turut memberi kami sijil kematian,” kata Balberan pada media tempatan.

Insiden aneh dan luar biasa itu dilaporkan secara meluas di media Ecuador dengan tajuk utama ialah meraikan ‘kebangkitan’ wanita itu.

Montoya kini berada di hospital, jantung dalam keadaan stabil

Jelas Balberan lagi, selepas menyedari wanita itu masih bernyawa, dia telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Ibu saya pada saat ini telah diberikan oksigen. Jantungnya dalam keadaan stabil. Doktor mencubit tangannya dan dia memberi tindak balas.

“Mereka memberitahu saya bahawa ini sesuatu tanda yang baik kerana dia bertindak balas sedikit demi sedikit,” katanya.

Montoya dimasukan ke hospital selepas disyaki strok

Difahamkan, Montoya sebelum ini telah dimasukkan ke hospital selepas disyaki mengalami strok sebelum jantungnya tidak memberi respon menyebabkan pihak hospital mengesahkan wanita itu telah meninggal dunia.

Kementerian Kesihatan Ecuador berkata pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian tersebut dan mereka akan memantau keadaan Montoya.

Sementara itu, Balberan berkata dia telah pergi melawat ibunya di unit rawatan rapi (ICU) hospital pada Ahad lalu (11 Jun).

“Sedikit demi sedikit, saya mula memahami apa yang telah berlaku. Sekarang, saya hanya berdoa agar kesihatan ibu saya pulih. Saya ingin dia hidup dan berada di sisi saya,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.