fbpx
Now Reading
Video Insiden Kemalangan Babit 7 Kenderaan Berhampiran Istana Negara Lama Undang Perhatian Ramai

Video Insiden Kemalangan Babit 7 Kenderaan Berhampiran Istana Negara Lama Undang Perhatian Ramai

Walau bagaimanapun, menurut Ejad semua yang terlibat dalam kemalangan yang itu tidak mengalami kecederaan yang serius.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila memandu di jalan raya sudah tentu kita akan sentiasa berhati-hati kerana tidak mahu berlakunya sebarang perkara yang tidak dingini seperti kemalangan.

Namun dalam kita berhati-hati, masih ada segelintir individu yang cuai ketika berada di atas jalan raya sehingga mengundang bahaya kepada orang lain.

Oleh itu, sebagai langkah keselamatan ramai pengguna kini mula memasang kamera dashcam yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan atau bukti sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

Kemalangan di jalan berhadapan Istana Negara lama

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan berwarna kelabu yang dipandu dengan laju sehingga merempuh tujuh kenderaan lain dipercayai di sebuah jalan berhadapan Istana Negara lama.

Menerusi video dashcam dikongsikan oleh @Ejad_Rxz, pada awalnya kelihatan kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah yang keluar daripada susur jalan.

Kereta tiba-tiba datang rempuh kenderaan lain

Namun secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan berwarna kelabu merempuh beberapa kereta dan sebuah motosikal yang sudah berada di jalan itu sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Kenderaan berkenaan kemudian dipercayai merempuh pula kereta Myvi merah itu.

Dalam video itu juga kelihatan penunggang motosikal tersebut sedaya upaya bangun dan beralih ke tepi jalan untuk menyelamatkan.

Tiada sebarang kecederaan serius

Menurut Ejad, kenderaan Myvi itu adalah ibunya dan memaklumkan wanita itu dan tujuh kenderaan lain tidak mengalami kecederaan serius.

“Berlaku kemalangan bertentangan depan Istana Negara lama jam 8.35 pagi pada 14 Jun. katanya orang Korea muda yang bawa, ada lesen memandu.

“Myvi merah depan pemilik kamera dashcam adalah kereta mak saya, syukur tak alami kecederaan.

“Tujuh buah kenderaan lain yang terlibat dan pemilik turut tidak alami kecederaan yang serius,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@aku_seorang_rider

berlaku bertentangan depan istana negara lama 8.35am 14/7/2023..katanya orang Korea muda yg bawak..ada lesen memandu …myvi merah depan pemilik dashcam kereta mak saya .syukur Tak mengalami kecederaan ..Dan 7 buah kenderaan lain yg terlibat jugak owner Tak mengalami kecederaan serius

♬ bunyi asal – Ejad_Rxz – Ejad_Rxz

Perkongsian video kemalangan itu kemudiannya mengundang perhatian orang ramai.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kasihan terhadap penunggang motosikal terbabit dan menyifatkan perkara itu pasti membuatkan dia trauma.

Terdapat juga yang bertanya adakah kenderaan di sebelah kanan itu sedang berlumba kerana kelihatan kenderaan itu dipandu laju.

“Tengah berlumba ke belah kanan tu? laju sangat dua kereta tu”

“Nak nangis tengok abang tu. Ya Allah semoga murah rezeki abang, digantikan rezeki motor baru”

“Ya Allah, sian mamat motor tu. Nasib dia tak panik.. cepat bangun lari ke tepi kalau tak segala kemungkinan akan berlaku”

“Kesian yang naik motor tu.. gagah juga bangun berlari nak selamatkan diri”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.