Ini Larangan dan Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Bulan Zulhijjah [Video]
Antara ibadah yang boleh dilakukan pada 1 hingga 9 Zulhijjah adalah puasa sunat sama ada berpuasa sepanjang 9 hari, atau memilih beberapa hari atau puasa pada hari wukuf sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha.
Berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan melakukan korban dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing atau kibas pada Hari Raya Aidiladha.
Namun hukum ibadah ini terbahagi kepada dua iaitu wajib kepada yang telah berniat dan sunat muakkad bagi individu yang berkemampuan.
Larangan sunat untuk tidak potong kuku atau bulu di tubuh badan
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang melakukan ibadah korban terdapat beberapa larangan sunat yang perlu dilakukan seperti yang dikongsikan oleh seorang penceramah yang dikenali sebagai Ustaz Bambam.
Menerusi video di TikTok, Ustaz Bambam memaklumkan pada hari Isnin (19 Jun) bersamaan dengan 30 Zulkaedah merupakan hari terakhir buat mereka yang melakukan ibadah korban pada tahun ini untuk memotong kuku atau segala bulu di badan mereka.
“Jadi esok (Isnin) hari terakhir kita (individu melakukan ibdah korban) memotong kuku dan bulu di tubuh dan sunat bermula Selasa iaitu 1 Zulhijjah kita tahan sampailah hari haiwan korban kita disembelih.
“Dalam tempoh itu kalau boleh jangan potong kuku atau bulu di anggota badan dan perkara ini hanya melibatkan individu yang melakukan korban sahaja,” katanya.
Ustaz kongsi beberapa amalan boleh dilakukan pada 1 hingga 9 Zulhijjah
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Ustaz Bambam turut berkongsi beberapa amalan terbaik yang boleh dilakukan oleh umat Islam dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
Menurutnya antara amalan yang boleh dilakukan ketika bulan Zulhijjah adalah puasa sunat.
Jelasnya, terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan sebagai contoh yang pertama berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah atau memilih beberapa hari seperti Isnin atau Khamis atau berpuasa pada hari wukuf sahaja iaitu 9 Zulhijjah.
“Niatnya mudah sahaja sahaja aku berpuasa sunat Zulhijjah esok hari kerana Allah SWT.
“Bagi golongan wanita yang uzur usah bimbang kerana ada amalan lain yang boleh dilakukan seperti banyak berzikir, bersedekah, mendengar majlis ilmu dan seumpamanya.
“Yang tidak boleh dilakukan hanya solat, puasa dan membaca al-Quran. Oleh itu, jom kita ambil peluang keemasan ini,” katanya.