fbpx
Now Reading
Tiada Niat Ceroboh Privasi, Guru Jelas Video Selongkar Beg Pelajar Hanya ‘Sponsored Content’

Tiada Niat Ceroboh Privasi, Guru Jelas Video Selongkar Beg Pelajar Hanya ‘Sponsored Content’

Terdahulu, video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @qiwiee itu nyata mengundang kecaman ramai kerana tindakan guru itu dilihat seolah-olah menceroboh privasi murid-muridnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Guru merupakan antara individu penting dalam membentuk pelajar menjadi seorang insan yang berjaya.

Pada masa kini, senario pendidikan adalah berbeza seperti masa dahulu. Ada sesetengah guru pada ketika ini menjadikan sosial media sebagai medium untuk berkongsi aktiviti pengajaran mereka di sekolah kepada orang ramai.

Secara ringkasnya, media sosial sekiranya digunakan dengan baik, maka baiklah kesannya. Namun, ia akan menjadi buruk jika ia digunakan bagi tujuan yang sebaliknya.

Guru Selongkar Beg Murid Undang Kecaman Orang Ramai

Baru-baru ini, kecoh di media sosial kisah seorang guru sekolah swasta yang memuat naik satu hantaran video menyelongkar beg sekolah dan mengambil barang anak muridnya semasa ketiadaan mereka.

Video tersebut turut memaparkan tindakan guru yang dikenali sebagai Shi Qi itu memakan ‘gummies’ milik pelajarnya.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @qiwiee itu nyata mengundang kecaman ramai kerana tindakan guru itu dilihat menceroboh privasi murid-murid dan dianggap melanggar kod etika perguruan.

Tindakannya ini turut menyebabkan ada di antara netizen yang membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kejadian ini.

Guru Mohon Maaf, Jelas Ia Hanya Video Kandungan Tajaan

Terbaharu, menerusi satu hantaran di akaun Instagram dan Tik Tok miliknya, dia telah mengeluarkan video permohonan maaf kepada ibu bapa dan pihak yang terlibat.

Menurutnya, video sebelum ini hanya sekadar kandungan berbayar dan rakaman dibuat semasa waktu rehat.

Dia juga mengaku meletakkan gummies dalam beg anak muridnya sebelum rakaman berlangsung dan tidak memohon kebenaran bagi menyelongkar beg berkenaan kerana menganggap ia sebahagian daripada prop.

Dakwa Masih Baru Dalam Penciptaan Kandungan, Padam Semua Video Yang Memaparkan Gambar Muridnya

Menerusi kenyataan itu juga, dia mengakui salahnya dan mendakwa masih baru dalam dunia penciptaan kandungan.

Dia dikatakan telah memadam video asal tidak sampai 20 minit memuat naiknya selepas ditegur netizen. Namun, dia tidak menyangka ada pihak yang telah menyebarkan video berkenaan yang sudah diturunkannya.

Mengakui kesal dengan pihak yang menyebarkan video tersebut, Shi Qi juga dilihat sudah memadam kesemua video yang memaparkan gambar muridnya sebagai salah satu langkah bagi melindungi keselamatan dan privasi mereka.

Tidak menunding jari kepada orang lain, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang peka dengan apa yang dilakukan. Baginya, ia sedikit sebanyak mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Rata-rata netizen memberi reaksi yang positif terhadap permohonan maafnya itu selain memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Malah ada di antara mereka yang memuji bahawa dia masih merupakan seorang guru yang baik. Berikut antara komen netizen:

Semoga Kuat Cikgu

Kita Semua Pernah Buat Salah Dan Belajar Daripada Kesalahan Itu

Untuk info, Shi Qi merupakan seorang guru dan juga pencipta kandungan di Tik Tok yang sering mendapat perhatian kerana penghasilan video bersama anak muridnya.

Hasil tinjauan kami mendapati kesemua video telah dipadam di akaun Tik Tok miliknya yang mempunyai 1.5 juta pengikut.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.