fbpx
Now Reading
Instagram Bakal Perkenal Fungsi Kandungan Berbayar, Harga Mungkin Bermula RM 4.90 Sebulan

Instagram Bakal Perkenal Fungsi Kandungan Berbayar, Harga Mungkin Bermula RM 4.90 Sebulan

Walaupun tiada kenyataan rasmi, harga tersebut dapat dilihat menerusi deksripsi aplikasi mereka di App Store.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang aktif bermedia sosial pasti tahu yang Instagram kini semakin fokus ke dalam segmen video dan bersaing sengit dengan pencabar mereka seperti TikTok.

Kini mereka dilihat mara selangkah lagi apabila dikhabarkan cuba bereksperimen dengan kandungan berbayar pula, mirip seperti yang dilakukan aplikasi OnlyFans dan Patroen.

Berbanding fungsi tips yang sedang dicuba TikTok untuk segelintir akaun popular meraih pendapatan, Instagram dijangka bakal menawarkan pelan langganan secara bulanan untuk membantu pencipta kandungannya.

Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi, paparan harga tersebut dapat dilihat menerusi deskripsi aplikasi mereka di App Store.

Menerusi paparan harga tersebut, harga bagi langganan dilihat bermula dari RM4.90 sebulan untuk pasaran tempatan.

Dengan harga langganan yang sudah terpamer di sana, ada yang berpendapat ianya mungkin akan ditawarkan kepada pengguna yang ingin menonton kandungan ekslusif dari pencipta tertentu.

Dalam masa sama ada, yang berpendapat mungkin langgganan tersebut adalah untuk alatan suntingan tambahan dalam menghasilkan konten yang lebih profesional.

Apa-apa pun, sama-sama kita tunggukan pengumuman rasmi dari Instagram nanti.

Sebagai rekod, Instagram sekitar Jun lalu mengesahkan mereka sedang mencuba fungsi Exclusive Stories, fungsi berbayar untuk orang ramai yang sanggup berbelanja demi menonton stories dari akaun individu kegemaran mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.