fbpx
Now Reading
Geng Trader & Founder Kosmetik Kantoi Guna Private Jet Sama Untuk Marketing ? [Video]

Geng Trader & Founder Kosmetik Kantoi Guna Private Jet Sama Untuk Marketing ? [Video]

Berdasarkan video tersebut, netizen mendakwa tidak hanya pesawat peribadi yang kelihatan sama, malah kereta mewah yang digunakan juga seakan kenderaan yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini perniagaan kosmetik dan perdagangan mata wang seperti ‘trading’ atau forex kerap dipromosikan di dalam media sosial dengan mempamerkan barangan-barangan mewah.

Difahamkan, tujuan utama golongan founder atau trader ini mempamerkan kehidupan yang serba mewah di media sosial adalah untuk mengumpan orang ramai terutamanya golongan muda untuk menyertai mereka.

Netizen dakwa geng trader dan founder guna private jet sama

Pun begitu, baru-baru ini netizen mula mengesyaki sesuatu yang ganjil apabila golongan trader dan founder ini kerap memuat naik video menaiki jet peribadi yang didakwa adalah satu pesawat yang sama.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @user_error2021, kelihatan video kompilasi itu menunjukkan beberapa orang trader memuat naik video dengan menggunakan private jet yang sama.

“Kantoi! Fighter lah sangat, sewa kapal terbang sama-sama lepastu shoot sekali. Dah lah private jet tu tak terbang pun,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kereta mewah yang sama dalam dua video berbeza

Tidak hanya itu, di dalam video tersebut turut kelihatan sejumlah wang tunai dan kereta mewah yang sama.

@user_error2021

KANTOI…Fighter la sangat..sewa kapal terbang sama2 lpastu rmai2 shoot, dah la kapal terbang tu xterbang pun…lg 1 yg pegi mall space u8 tu buat ape? Dlm tu ade mr diy je 😂😂

♬ original sound – Unknown – Kaki Komen ✍️

Menerusi satu lagi perkongsian video yang dimuat naik, kelihatan seorang usahawan kosmetik turut menaiki sebuah pesawat ringan disyaki pesawat yang sama.

“Founder produk pun sama je sewa kapal terbang yang sama untuk shoot buat marketing, terbangnya tak pun,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Pendedahan dibuat bukan untuk menjatuhkan, tapi menyedarkan orang ramai

Jelas pengguna TikTok itu lagi, pendedahan yang dibuat olehnya bukanlah bertujuan menjatuhkan sesiapa, sebaliknya untuk menyedari orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan taktik marketing yang digunakan golongan terbabit.

@user_error2021

Replying to @hisukeeeeᡕᠵ᠊ᡃ່࡚ࠢ࠘ ⸝່ࠡࠣ᠊߯᠆ࠣ࠘ᡁࠣ࠘ founder produk pun sama je sewa aircraft yg sama utk shoot buat marketing…terbang nye xpun..

♬ original sound – Unknown – Kaki Komen ✍️
@user_error2021

Replying to @HaCk PuTiH setakat ni jumpe 4 je yg sama 😬 bukan nak memburuk2 kan org cuma nak menyedarkan org ramai supaya x mudah terpengaruh dengan cara marketing depa ni je…tp klu berminat jgk mcm depa ni boleh pegi execujet subang ye #forex

♬ La Lecon Particuliere – Bof La Lecon Particuliere – Francis Lai & Christian Gaubert

Netizen akui jumpa beberapa video guna private jet yang sama

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial juga turut mengakui melihat video-video daripada trader dan founder yang menggunakan private jet berkenaan di dalam TikTok.

Malah mereka turut mendakwa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata untuk tujuan marketing.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan mengenai dakwaan oleh netizen-netizen itu.

Berikut antara komen yang diberikan oleh netizen:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.