fbpx
Now Reading
Geng Trader & Founder Terciduk, Pilot Dedah Private Jet Dalam Video Rupanya Dah Lama Tak Terbang [Video]

Geng Trader & Founder Terciduk, Pilot Dedah Private Jet Dalam Video Rupanya Dah Lama Tak Terbang [Video]

Mengikut semakan yang dilakukan di aplikasi flightradar24, pesawat itu kali terakhir didapati melakukan pergerakan adalah pada 21 Februari lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila orang ramai mendakwa kebanyakan golongan-golongan trader Forex dan founder suka menayangkan kemewahan yang bukan milik mereka.

Pendedahan itu mula mendapat perhatian ramai apabila warganet mendapati golongan ini menggunakan pesawat peribadi jenis yang sama di dalam video yang berbeza.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Dakwa Geng Trader & Founder Kosmetik Kantoi Guna Private Jet Sama Untuk Marketing [Video]

Susulan itu, rata-rata rakyat Malaysia mengecam dan mengkritik golongan terbabit kerana sanggup menyewa private jet demi mengumpan orang ramai terutama golongan muda untuk menyertai mereka.

Pilot dedah private jet dah lama tak terbang

Terkini, golongan trader dan founder ini terciduk lagi apabila seorang juruterbang pula mendedahkan bahawa pesawat peribadi jenis Bombardier Challenger 601-3R yang digunakan untuk video marketing itu telah lama tidak diterbangkan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mrturboprop, pilot itu berkata pesawat buatan Kanada itu bernilai cecah jutaan ringgit.

“Pergh kaya lah budak trader ni, pergh Aston Martin, Evoque, GTR, Bombardier. Abang nak check out jap kapal adik ni,” katanya.

Pesawat berada di Lapangan Terbang Subang

Mengikut semakan yang dilakukan di aplikasi flightradar24, pilot terbabit mendapati pesawat dengan nombor pendaftaran N888FJ itu berada di Lapangan Terbang Subang (SZB).

Apa yang mengejutkan, pesawat itu kali terakhir didapati melakukan pergerakan adalah pada 21 Februari lalu.

Tak terbang, hanya keluar masuk hangar

Namun, pesawat berusia 28 tahun itu didapati tidak melakukan sebarang penerbangan kerana dikesan hanya bergerak keluar dan masuk dari ‘hangar’ sahaja.

“Buat apa tu, kata nak pergi Penang. Keluar masuk keluar masuk hangar je tu. Adui dik meh lah saya bawa pergi Penang,” guraunya lagi.

Perkongsian tersebut buat netizen terhibur

Video yang dikongsikan oleh juruterbang terbabit mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen terhibur dengan pendedahan sebenar mengenai pesawat itu.

Tidak kurang juga pengguna media sosial yang terhibur kerana pesawat dengan harga jutaan ringgit itu memiliki pendingin hawa mudah alih.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.