fbpx
Now Reading
Raih Sambutan Hangat, Julie’s Sekali Lagi Anjur Peraduan ‘Cheese, I ‘NUT EMAS’ Untuk Beri Peluang Pelanggan Menang 999.9 Emas!
julie's inutemas

Raih Sambutan Hangat, Julie’s Sekali Lagi Anjur Peraduan ‘Cheese, I ‘NUT EMAS’ Untuk Beri Peluang Pelanggan Menang 999.9 Emas!

Peraduan ‘Cheese, I ‘NUT EMAS’ ini akan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Julai 2023 sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut je pencuci mulut/dessert, pasti kepala akan automatik teringat kek, puding, biskut, dan manisan lain, kan? Kebiasaannya, makanan kudapan ini dijadikan sebagai menu ‘wajib’ seseorang jika korang sejenis yang ‘on-the-go’. Kejap ke sana, kejap ke sini. Sampai tak sempat makan.

Jadi, makanan paling senang untuk dibawa dalam beg adalah biskut.

Antara jenama biskut paling nostalgik dan popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia adalah Julie’s. Ha, dengar nama pun dah tahu ‘lejen’. Bila tengok dan makan je biskut Julie’s ini, memori lama yang terpahat di hati pasti akan muncul dan kembali segar di ingatan.

Dan untuk pengetahuan korang, kajian saintifik pernah menyebut bahawa kalau korang menikmati sesuatu yang nostalgia, ia akan lebih mudah untuk mencetuskan ‘hippocampus’. Apa tu? Ha, ‘hippocampus’ ini sebenarnya bahagian otak yang sangat penting untuk membentuk ingatan dalam jangka masa panjang, serta boleh menyimpan memori.


BACA LANJUT: Biskut Julie’s Ini Memang Nostaligik. Makan Je Terus Teringat Kenangan Dulu Kala!

Kalau tanya kami, ‘personal favourite’ kami adalah: Peanut Butter Sandwic dan Cheese Sandwic daripada Julie’s. Kalau makan, memang tak ingat dunia. Tahu-tahu dah beberapa pek habis dikudap!

#Addictive.


Julie’s Anjur Peraduan “Cheese! I ‘NUT’ Emas”. Semua Boleh Join!

Beli dan makan biskut kegemaran, boleh menang emas?! Ya, betul.

Oleh disebabkan sambutan hangat yang diterima sebelum ini, jenama biskut terkenal ini telah bermurah hati untuk menganjurkan sekali lagi peraduan “Cheese! I ‘NUT’ Emas” yang mana para penggemar biskut Julie’s boleh berpeluang memenangi hadiah menarik dan ganjaran besar serta istimewa iaitu EMAS TULEN!

Untuk rekod, peraduan ini diinspirasikan daripada bentuk Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s di mana penampilannya menyerupai emas. Dan, nama peraduan ini pula merupakan homofon daripada istilah Bahasa Malaysia: “Saya Mahu Emas”.

Ia adalah cara bagaimana jenama Julie’s telah memasukkan perkataan ‘nut’ daripada ‘peanut’ yang ejaan/sebutan mirip ‘Nak’ dalam Bahasa Malaysia ke dalam slogan yang secara automatik boleh dikaitkan dengan masyarakat di Malaysia.

Menarik juga fakta di sebalik peraduan “Cheese, I ‘NUT’ Emas” ini.


Cara Untuk Ambil Bahagian Dalam Peraduan “Cheese! I ‘NUT’ Emas” Beli & Menang

Tertarik untuk join dan mencuba nasib? Ha, ikuti langkah-langkah mudah seperti di bawah:

  1. Korang hanya perlu membeli produk biskut Julie’s berperisa Peanut Butter Sandwic dan/atau Cheese Sandwic sahaja yang berharga RM5 dan ke atas.
  2. Imbas QR code untuk ke microsite peraduan “Cheese! I ‘NUT’ Emas’.
  3. Log masuk/daftar terlebih dahulu jika masih belum ada akaun.
  4. Muat naik resit pembelian yang jelas.
  5. Masukkan ‘details’ resit pembelian.
  6. Selesaikan permainan (game) yang disediakan mengikut langkah yang tertera di mana ia adalah permainan gamifikasi suara. Peserta perlu merakam suara mereka dengan mengucapkan “Cheese! I ‘Nut’ Emasssssss”. Suara terpanjang akan berkesempatan memenangkan hadiah utama 100g EMAS TULEN!
  7. Hantar dan selesai! Mudah sahaja, kan?

Paling menarik, dengan mengikut langkah-langkah mudah ini, korang akan berpeluang untuk membawa balik EMAS TULEN 100g! Bukan sikit-sikit, ya.

Oh! Peraduan ini akan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Julai 2023 sahaja. Jadi, jangan melepaskan peluang ‘keemasan’ ini untuk menang emas! Borong banyak-banyak biskut Peanut Butter Sandwic dan/atau Cheese Sandwic Julie’s nanti okay.

Ketahui lebih lanjut tentang peraduan “Cheese! I ‘NUT’ Emas”, klik terus DI LINK INI!

Good luck korang! 😀

#CheeseINUTEmas #JuliesBiscuits #JuliesPeanutButterSandwich #JuliesCheeseSandwich

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.