fbpx
Now Reading
Inspektor Sheila Tak Nak Yang Gemuk, Tapi Suka Lelaki Muda – “Kalau Boleh Buat Saya Jadi Manja Satu Bonus”

Inspektor Sheila Tak Nak Yang Gemuk, Tapi Suka Lelaki Muda – “Kalau Boleh Buat Saya Jadi Manja Satu Bonus”

Selain itu, ujar Sheila lagi antara kriteria lain yang diinginkan adalah lelaki berkenaan mestilah bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling penting menghormati wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pegawai polis yang tular di media sosial sebelum ini mengenai isu memperlekehkan anggota berpangkat Lans Koperal kini sedang mencuba mencari pasangan hidup.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Ingat Saya Takut” – ‘Inspektor Sheila’ Tular Cemuh Anggota Polis Pangkat Lans Koperal Lagi [Video]

Inspektor Sheila tak kisah pasal rupa paras, suka lelaki muda dan tak gemuk

Inspektor Shiela atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar yang berusia 35 tahun itu berkata dia tidak kisah mengenai rupa paras tetapi hanya menyukai lelaki yang muda dan tidak gemuk.

“Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka ‘handsome’ (kacak) tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka jika boleh buat saya yang begini (tegas) jadi manja,” kata Sheila yang dipetik Berita Harian.

Sheila pernah muat naik iklan cari jodoh di Facebook

Hal ini susulan sebelum ini, dia pernah memuat naik iklan cari jodoh di Facebook miliknya kerana nekad ingin mencari pasangan secara terbuka selepas mendapat banyak pertanyaan daripada orang di sekeliling berhubung pendedahan statusnya yang masih bujang.

Dalam hantaran itu, Sheila menjelaskan yang dia sedang mencari jodoh tanpa mengira umur, bangsa, agama dan kerjaya meskipun menetapkan beberapa kriteria yang diinginkan.

Sheila juga tidak menyangkan percubaannya itu mendapat perhatian ramai apabila ramai lelaki memberi komen dan menghantar mesej kepadanya menerusi FB.

Ujar Sheila, dia membaca kesemua mesej yang dihantar namun belum membalas mahupun menerima pelawaan untuk temu janji dengan mana-mana lelaki yang ingin berkenalan dengannya.

“Selepas tular cerita mengenai status saya yang bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya.

“Disebabkan pening dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka.

“Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi yang menetap di negara ini,” katanya ketika ditemubual Harian Metro, semalam (5 Julai).

Kriteria lain yang dinginkan Sheila dalam mencari pasangan hidup

Selain itu, ujar Sheila lagi antara kriteria lain yang diinginkan adalah lelaki berkenaan mestilah bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling penting menghormati wanita.

“Lelaki itu kena ‘fit ‘(cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.

“Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana saya ada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada ‘standard’ (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia,” katanya lagi.

Inspektor Sheila dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan

Terdahulu, media melaporkan Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga pertuduhan iaitu mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 8 Kertas Siasatan Dibuka, Saifuddin Sahkan ‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.