fbpx

Pegawai Polis Cemuh & Hina Anggota Sudah Ditahan

Dalam pada itu, turut tular satu lagi video pada Sabtu (17 Jun) malam memperlihatkan wanita sama bertengkar dengan seorang individu di parkir sebuah pusat beli-belah di Brickfields.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pegawai polis wanita yang terlibat dalam kejadian menghina dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada anggota bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis (15 Jun) sudah ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar, wanita itu telah ditahan pada Ahad (18 Jun) sekitar jam 1.20 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

“Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah membuat tangkapan terhadap seorang perempuan warga tempatan yang berumur 35 tahun.

“Polis juga turut merampas telefon bimbit untuk membantu siasatan berkait Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Hussein lagi, suspek akan diberi jaminan sebaik sahaja siasatan lengkap dijalankan. Ini kerana ada beberapa lagi laporan yang turut diterima terhadap suspek sama.

Video maki anggota berpangkat Lans Koperal cetuskan kemarahan orang ramai

Terdahulu tular video memperlihatkan seorang wanita mencemuh seorang anggota polis dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Gombak.

Di dalam video itu, dia yang dipercayai seorang pegawai polis meninggikan suara dan mencemuh seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang lengkap beruniform dengan mengatakan anggota itu tidak layak menegurnya.

Tindakan wanita berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dia disifatkan biadap dan tidak menghormati ahli pasukan yang berpangkat lebih rendah darinya.

Malah ramai bersetuju perbuataannya membuktikan dia tidak layak menyertai pasukan keselamatan negara.

Ekoran itu orang ramai mula menggali latar belakang individu berkenaan sehingga terjumpa satu lagi video dipercayai dirinya sedang bertengkar dengan beberapa orang awam di sebuah rumah ibadat.

Tular video bertengkar di parkir pusat beli belah pula

Tidak cukup dengan isu tersebut, tular satu lagi video pada Sabtu (17 Jun) malam memperlihatkan wanita sama bertengkar dengan seorang individu di parkir sebuah pusat beli-belah di Brickfields.

Menerusi video tersebut, wanita di dalam video itu dilihat sedang bertengkar sambil merakam insiden itu menggunakan telefon pintar miliknya.

Meskipun tiada maklumat lanjut, insiden berkenaan dipercayai berlaku sewaktu pegawai polis itu mahu memarkir keretanya di kotak parkir itu.

Apa yang menjadi persoalan orang ramai apabila dia dilihat menyebut satu per satu pakaian yang digunakan perakam tersebut seolah-olah sengaja mencetuskan provokasi sewaktu pertengkaran tersebut berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.