fbpx
Now Reading
Pemain Drum & Pengasas Bersama Blues Gang, Shaik Karim Meninggal Dunia

Pemain Drum & Pengasas Bersama Blues Gang, Shaik Karim Meninggal Dunia

Meskipun sedang bergelut dengan masalah kesihatan, Allahyarham dikatakan tetap memberi komitmen yang tinggi setiap kali Blues Gang mempunyai persembahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemain drum dan pengasas bersama Blues Gang, Shaik Karim telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini (10 Julai) pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan oleh Blues Gang menerusi satu hantaran di Instagram mereka, menerusi hantaran sama Shaik Karim dikatakan telah lama bergelut dengan masalah kesihatan dirinya.

Allahyarham tetap beri komitmen yang tinggi semasa sakit

Meskipun begitu, Allahyarham dikatakan tetap memberi komitmen yang tinggi setiap kali Blues Gang membuatpersembahan.

“Kami baru mendapat perkhabaran bahawa pengasas Blues Gang Shaikh Karim baru sahaja meninggal dunia hari ini 10 Julai 2023 pada 1.45 petang.

“Pemain dram band blues lagenda ini telah lama bergelut masalah kesihatan tetapi masih memberi komitmen tinggi setiap kali Blues Gang ada persembahan,” tulis di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, kumpulan lagenda itu turut mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga Allahyarham mendapat keampunanNya dan dikurnia kebaikan seluruh alam,” tulisnya lagi.

Kami di BuzzKini juga turut berduka dengan berita pemergian pemain dram band blues lagenda ini dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Shaikh Karim.

Al-Fatihah..

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.