fbpx
Now Reading
Dikira Tiada Bapa? Ini 7 Fakta Anak Luar Nikah Yang Ramai Tak Tahu [Video]

Dikira Tiada Bapa? Ini 7 Fakta Anak Luar Nikah Yang Ramai Tak Tahu [Video]

Menurut pendakwah yang dikenali sebagai Syeikh Faisol, anak luar nikah tidak meminta untuk dilahirkan begitu dan tidak mempunyai sebarang kesalahan atas kesilapan ibunya dan lelaki berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu berkaitan anak tidak sah taraf atau lebih mudah difahami sebagai anak luar nikah bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam kalangan masyarakat hari ini.

Namun, masih ramai individu yang belum mempunyai pemahaman dan pengetahuan mendalam berkaitan perkara ini.

Susulan itu, seorang pendakwah dan penulis buku yang juga Pegawai Agama Daerah Kota Setar dikenali sebagai Datuk Syeikh Faisol Omar telah berkongsi tujuh fakta berkaitan anak luar nikah yang harus difahami semua di laman TikTok miliknya.

Berikut adalah fakta yang dikongsikan:

#1 Jangan hina atau pandang serong anak luar nikah

Menurut Syeikh Faisol, anak luar nikah tidak meminta untuk dilahirkan begitu dan tidak mempunyai sebarang kesalahan atas kesilapan ibunya.

Oleh itu, kita tidak boleh memandang hina anak luar nikah ini seperti mengejek dan memandang serong mereka.

Setiap manusia haruslah dilayan dengan sama rata tanpa mengira tarafnya.

#2 Anak luar nikah tiada bapa

Ramai yang tidak mengetahu bahawa anak luar nikah dikira sebagai tidak mempunyai bapa kerana dia dilahirkan bukan melalui perkahwinan.

Meskipun lelaki yang menyebabkan kelahirannya telah berkahwin dengan ibunya, syarak tetap tidak mengiktiraf status lelaki itu sebagai bapa.

Oleh yang demikian, anak luar nikah itu tidak boleh berbinkan atau berbintikan nama bapa kandungnya.

#3 Anak luar nikah tiada keturunan sebelah bapa

Seperti yang dijelaskan tadi, anak luar nikah ini tidak dikira mempunyai bapa, maka dia juga tidak akan mempunya keturunan di sebelah ayahnya seperti atok, nenek, mahupun saudara marah sebelah lelaki berkenaan.

Anak tidak sah taraf ini akan hanya ada keturunan di sebelah ibunya sahaja.

#4 Hanya akan saudara seibu sahaja

Meskipun anak luar nikah itu mempunyai adik beradik yang lahir dari perut ibunya serta bapa yang sama, tetapi dia hanya dikira mempunyai saudara seibu sahaja dan bukannya saudara seibu dan sebapa.

“Contohnya, mak dia berzina menyebabkan dia lahir. Lepas itu mak dia berkahwin dengan lelaki yang menyebabkan adanya dia, selepas itu dapat adik (anak yang sah).

“Maka adik dia itu adalah adik seibu dan bukan seibu sebapa walaupun muka dia dan adiknya seiras kerana datang dari benih lelaki yang sama,” katanya.

#5 Jika anak perempuan, tidak boleh berwalikan ayah

Jika anak luar nikah itu adalah perempuan, maka ketika dia ingin berkahwin dia harus menggunakan wali sultan atau wali hakim sahaja.

“Tidak ada mana-mana lelaki selain daripada wali sultan atau wali hakim yang boleh menikahkannya,” katanya lagi.

#6 Jika anak lelaki, tidak boleh jadi wali kepada adik perempuannya

Sekirannya anak luar nikah itu lelaki pula, dia tidak boleh menjadi wali kepada adik-adik perempuannya selepas kematian bapa.

Ini kerana, saudara seibu sahaja tidak boleh menjadi wali perkahwinan. Yang dibenarkan menjadi wali adalah saudara seibu dan sebapa.

#7 Anak luar nikah tak boleh warisi harta pusaka bapa kandung

Selepas kematian bapanya, anak tidak sah taraf itu tidak boleh mewarisi harta pusaka milik ayahnya memandangkan kelahirannya ke dunia ini adalah secara luar nikah.

Begitu juga dengan ayahnya yang tidak boleh mewarisi harta pusaka miliknya kecuali ibunya mahupun anak-anak serta isteri/suami sekiranya telah berkahwin.

Anak tidak sah taraf ini hanya boleh mewarisi harta pusaka milik ibunya sahaja.

Susulan itu, Syeikh Faisol menasihati para bapa yang mempunyai anak tidak sah taraf untuk menghibahkan (hadiah) sebahagian hartanya kepada anak luar nikah tersebut.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda semua mengenai kekeliruan hak seorang anak di luar nikah.

Kami juga ingin menasihati semua orang untuk tidak memandang serong apatah lagi mengkeji seseorang individu itu hanya kerana dikira anak tidak sah taraf.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.