fbpx
Now Reading
Sedih! 2 Minggu Oyen Kemurungan Lepas Tuannya Meninggal Dunia, Bawa Ziarah Pusara Untuk Lepas Rindu [Video]

Sedih! 2 Minggu Oyen Kemurungan Lepas Tuannya Meninggal Dunia, Bawa Ziarah Pusara Untuk Lepas Rindu [Video]

Difahamkan, Oyen sangat manja dan sering bermain-main dengan bapa wanita itu sebelum kehilangannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah sedih seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra dipanggil ‘oyen’ yang kemurungan selepas kematian tuannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @siti.aliah, kelihatan kucing terbabit sering bersendirian sambil termenung ke arah motosikal milik tuannya.

Oyen sering mengiau dan tak aktif seperti dulu

Tidak hanya itu, Oyen juga kelihatan sering mengiau seperti mencari tuannya serta tidak lagi aktif seperti dahulu.

“Kucing kesayangan abah pun terkesan abah tiada (meninggal dunia), macam mana nak buat ni?” tulisnya di kapsyen.

@siti.aliah

Kucing kesayangan abah pun terkesan abah takde.. mcm mana nak buat ni?

♬ suara asli – Pisces – Dindaalfaregina

Dalam satu hantaran berbeza, wanita terbabit memaklumkan bahawa kucing tersebut terus murung seperti kesedihan meskipun telah lebih dua minggu tuannya meninggal dunia.

Difahamkan, Oyen sangat manja dan sering bermain-main dengan bapa wanita itu sebelum kehilangannya

@siti.aliah

Replying to @khalifahallh367 2 minggu abah pergi. Mcm nilah keadaan dia

♬ suara asli – justme – justme

Risau melihat kucing itu berterusan kemurungan, wanita terbabit akhirnya membawa Oyen pergi menziarahi kubur arwah tuannya untuk mengubati rindu.

“Semalam lepas tengok Oyen kemurungan, terus bawa dia pergi kubur. Alhamdulilah dia dah semakin baik dan dah boleh bermain. Mungkin dah boleh terima hakikat.”

TikTok/siti.aliah
@siti.aliah

Semalam lepas tengok Oyen kemurungan, terus bawa dia pergi kubur. Alhamdulillah dia dah getting better dan dah boleh main.. mungkin dah boleh terima hakikat.. nnt kita update Oyen ya 😊 terima kasih mendoakan 💕

♬ original sound – dalia – dalia

Perkongsian wanita itu mengenai kisah Oyen ternyata mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial juga bersedih melihat keadaan kucing terbabit yang kemurungan.

Untuk info, selain daripada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga mempunyai perasaan sama seperti makhluk lain cuma cara hidupan ini mengekspresikan emosi adalah berbeza.

Meskipun begitu, para saintis masih berdebat mengenainya kerana ada segelintir daripada pengkaji tidak percaya akan perkara tersebut.

Haiwan dan tumbuhan juga bertasbih dan memuji Allah SWT

Namun sebagai umat Islam kita harus yakin kerana firman Allah SWT di dalam al-Quran surah Al-Isra ayat 44 telah menjelaskan mengenai segala kehidupan yang ada di muka bumi ini termasuk langit ketujuh bertasbih serta memuji kepadaNya.

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوٰتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيْهِنَّۗ وَاِنْ مِّنْ شَيْءٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهٖ وَلٰكِنْ لَّا تَفْقَهُوْنَ تَسْبِيْحَهُمْۗ اِنَّهٗ كَانَ حَلِيْمًا غَفُوْرًا

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”

Surah Al-Isra, Ayat 44

Eksperimen dua pokok dikeji dan dipuji

Hal ini dapat dibuktikan apabila sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang guru sains yang membuat eksperimen mengkeji dan memuji dua pokok bunga.

Hasil daripada eksperimen itu mendapati pokok yang dipuji menjadi sihat dan segar berkembang bunganya manakala pokok yang dikeji menjadi layu seakan ingin mati.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.