fbpx
Now Reading
Cikgu Sains Buat Eksperimen Puji & Keji Pokok, Hasilnya Mengejutkan!

Cikgu Sains Buat Eksperimen Puji & Keji Pokok, Hasilnya Mengejutkan!

Idea untuk menjalankan eksperimen itu timbul kerana anak muridnya dikatakan sering menggunakan bahasa kasar dan menyakitkan hati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahukah anda, setiap apa yang dikeluarkan dari mulut kita boleh memberi kesan kepada individu yang mendengarnya.

Kerana itu lah pepatah melayu ada berkata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Oleh sebab itu, kita sentiasa dinasihatkan menjaga setiap tingkah laku dan percakapan kita seharian.

Ini kerana, setiap perbuatan dan perkataan yang keluar dari mulut individu sememangnya akan memberi kesan khususnya kepada perasaan seseorang.

Anak Murid Suka Guna Bahasa Kasar, Cikgu Buat Eksperimen Puji & Keji Pokok

Bukan sahaja manusia turut terkesan dengan kata-kata seseorang, malah ciptaan Tuhan seperti haiwan dan pokok juga mempunyai perasaan apabila dimarah atau dimaki.

Baru-baru ini, melalui satu perkongsian oleh pengguna TikTok @SitiNoorAmiza, satu eksperimen bagi mata pelajaran Sains Tingkatan 3 telah dilaksanakan di sekolahnya.

Eksperimen itu adalah untuk menguji sama ada tumbuhan mempunyai perasaan atau tidak melalui kaedah puji dan keji pokok tersebut.

Idea untuk menjalankan eksperimen itu timbul kerana anak muridnya dikatakan sering menggunakan bahasa kasar dan menyakitkan hati.

Berdasarkan hantaran video tersebut, kelihatan dua pokok bunga yang dipercayai pokok Bunga Keembong dilabelkan sebagai Pokok A dan Pokok B.

Setiap kali pelajar hadir ke makmal, dia akan meminta muridnya memuji pokok A dan mengeji pokok B sekiranya timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Hasil Eksperimen Mengejutkan, Pokok A Tumbuh Dengan Mekar, Pokok B Sebaliknya

Setelah beberapa bulan menjalankan eksperimen berkenaan, nyata hasilnya amat mengejutkan.

Pokok A yang sering dipuji, bunganya mekar elok berbanding pokok B. Berdasarkan keputusan itu, dia berpendapat pokok juga mempunyai perasaan sama seperti manusia.

Eksperimen itu juga dikatakan berjaya mengubah perangai muridnya di mana mereka dikatakan tidak lagi menggunakan bahasa kasar kesan daripada hasil kajian tersebut.

Menerusi video yang telah meraih lebih 100 ribu tontonan itu, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikongsikan olehnya. Mereka juga berpendapat bahawa pokok turut mempunyai perasaan sama seperti manusia.

Malah, dengan video itu juga membuatkan setengah warganet berasa terpukul dengan perumpamaan yang dikongsikan olehnya melalui video ini.

Berikut antara komen netizen:

Patut Mak Suka Bersembang Dengan Pokok-Pokok Dekat Rumah, Kemain Berkembang Pokok-Pokok Mak

Ini Baru Pokok, Manusia Apatah Lagi

Baca Artikel Berkaitan: Guru Dipuji Pujuk Murid Yang Sebak Kuih Tidak Dijamah Rakan Ketika Jamuan Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Tindakan Lelaki Bantu Sedarkan Pemandu Tertidur Ketika Tunggu Lampu Isyarat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.