fbpx
Now Reading
Menjadi atau Tidak? Youtuber Buat Eksperimen Cuba Main Tarik Tali Guna Taktik Atuk 001 Squid Game [Video]

Menjadi atau Tidak? Youtuber Buat Eksperimen Cuba Main Tarik Tali Guna Taktik Atuk 001 Squid Game [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai dari anda pasti sudah menonton drama Korea, Squid Game yang menjadi fenomena di seluruh dunia.

Sarat dengan aksi yang mendebarkan, cerita ini berkisar mengenai 456 individu yang menyertai satu pertandingan bergelar squid game yang terdiri dari 6 permainan tradisional orang Korea selepas direkrut oleh Gong Yoo yang melakonkan watak seorang lelaki misteri.

Antara permainan yang dipertandingkan adalah ‘Red Light Green Light, batu loncatan kaca, permainan Gula Dalgona dan beberapa lagi termasuk tarik tali(tug of war).

Bercerita tentang tarik tali, pasti anda ada menonton babak dimana atuk 001 atau Oh Il Nam mengajar pasukannya yang menggunakan taktik berdiri sambil mendongak ke langit sebagai usaha mereka menewaskan lawan yang lebih gagah bukan?

Dan akhirnya teknik tersebut bersama taktik yang digunakan Cho Sang Woo (kawan hero) berhasil sehingga berjaya memenangi pusingan berkenaan sekaligus terselamat dari menjadi korban seterusnya.

Persoalannya adakah teknik-teknik tersebut benar-benar berhasil?

Bagi menguji sejauh mana keberkesanannya, atau ia hanyalah sekadar gimik lakonan, seorang Youtuber terkenal Korea, Jin Yong Jin dengan bantuan beberapa individu telah tampil melakukan eksperimen berkenaan.

Memecahkan dua kumpulan iaitu satu yang hanya terdiri dari peserta lelaki dan satu lagi kumpulan dari peserta campuran (lelaki dan perempuan) mereka kemudian beradu tenaga didalam permainan berkenaan.

Melakukan beberapa pusingan bermula dengan permainan tanpa strategi, diikuti pusingan kedua menggunakan strategi yang dikongsikan atuk 001, kumpulan campuran berkenaan bagaimanapun berjaya ditewaskan dengan mudah.

Malah mereka cuba menggunakan helah Sang Woo ianya dengan maju beberapa tapak kehadapan sebelum kembali menarik tali namun ianya tetap tidak membuahkan hasil.

Jadi apa yang boleh kami simpulkan, mengikut Youtuber tersebut dan rakan-rakannya strategi atuk 001agak kurang bekesan jika anda sedang berdepan dengan pihak lawan yang lebih kuat, namun ianya sedikit sebanyak membantu jika kekuatan dua-dua kumpulan adalah seimbang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.